Ahad, 21 September 2008

Ini kad raya kiriman zira. terima kasih zira coz kirimkan kad utk embun. embun pon nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat zira seisi keluarga.
Label: kad raya
Sabtu, 20 September 2008
Ingatkan embun dah malas nak masak tapi oleh kerana dah minat, rasa kekok pulak kalau tak main masak2 nih. huhuhu. Lagipun lambaian kampung halaman semakin kuat menyebabkan embun dah tak ada mood nak masak. Kalau masak pon yang ringkas2 ja seperti telur goreng, ikan bilis goreng dengan kacang tanah goreng! Nak lagi ringkas - mee segera!!!
Dua tiga hari lepas gatal rasa tangan ni nak pegang kuali, senduk, ladle, pisau dan sebagainya lagi kat dapur tu, walhal banyak barang dapur dan peralatan memasak dah disimpan dalam kabinet, maklum nak pulang beraya ke kampung. Dan lepas tu amik gambar main tangkap muat ja, tak bubuh dalam pinggan yang lawa sikit. :-), tapi sumbat ja dalam container,tapi itulah namanya orang bujang! Biar ringkas janji perut kenyang. huhuhu. Tapi ringkas2 pon, berat jugak menyediakan bahan memasak pasal embun ni cerewet kalau nak masak. kena ada tu, ada ini kecuali dah emergency dan darurat sangat, baru guna pakai kreativiti!!!
ni kari telur goreng (telur direbus dan digoreng). Simpanan telur masih banyak sebab hari tu ingat nak buat kek untuk dibawa balik ke Sarawak tapi tak jadi.
ni lak tauhu goreng untuk dicicah dengan sambal kacang kat bawah tu. hai embun ni mengidam yang pelik2 sejak dua menjak ni.Tu yang emak kat sarawak selalu cakap macam perempuan mengidam yang hamil 3 bulan!
hari tu siap telefon mak kat sarawak macamana nak buat sambal kacang ni,sedap kalau makan dengan tauhu goreng tu.
kari telur lagi ... ni telur yang direbus saja. tak guna santan sebab santan packet tak ada dalam stok embun, (embun lebih suka gunakan santan packet/segera) lagipun leceh nak perah santan kalau guna santan kelapa segar. Ada susu ideal dalam kabinet terus bubuh dalam kari ni. Memang lemak habis siap taruk kerisek lagi!
salah satu daripada lauk kegemaran embun, ringkas ja nak masak.
hari tu mengidam lagi nak makan daging, beli sket je utk makan 2 orang tapi masih berbaki dan buat makan time sahur.ringkas ja, takyah ikut mana2 resipi. ikut resipi hati ja. huhuhu.
tapi bahan asas kena ada, even rempah tumis pon siap campak lagi.
dibuat upon request! hehe, kazen lak mengidam nak makan sambal kentang ni. embun rebus dulu separuh masak pas tu goreng garing. boleh tahan ...
ni menu yang bagus untuk kesihatan lelaki. embun makan ratah ja biasanya. saja makan ulam dengan timun dan tuang sedikit kicap masin atau lemak manis.
Label: dapur orang bujang
Beberapa hari lalu, menerima homework daripada zira. kenalah jugak embun isikan data2 yang dikehendaki itu. Mulanya segan nak postkan homework ni, sebab embun ingat nak privacy kan sedikit latar belakang embun dari tatapan umum. Tapi kengkawan punya pasal, embun tak kisah dan embun tak nak lak hipokrit seketika. Tapi harap2 selepas ni tak da lagi soalan cepu emas yang perlu embun jawab. Itupun sebagai pengenalan diri serba ringkas daripada embun untuk kengkawan yang sudi berkenalan dan berkawan dengan embun.
1. Nama timangan : -
~~ Adik beradik semua panggil ABANG DEE ja kat umah..mak ngan abah
pulak panggil DEE je, anak sedara lak panggil ANJANG.
~~ Kengkawan pulak panggil ADI atau CIKGU ADI.
2. Saya seorang yang : -
~~ Mudah terasa,sensitif la kot.
~~ Mudah mengalirkan air mata dan hobi buat taik mata! kih! kih! kih!
~~ Mudah kesian, mudah sayang ngan orang.
~~ Suka berkawan, agak pendiam bila baru kenal tapi peramah dan
mesra bila dah kenal
~~ Muka nampak ja serius, tapi baik hati.
3. Insan2 teristimewa : -
~~ KELUARGA
~~ Kawan² yang begitu memahami diri ini
4. Makanan : -
~~ Suka makanan yang sederhana pedas² . . . makanan jenis kampung,
ulam2an, pucuk2, (sebenarnya tak memilih bila bab makan)
5. Favourite colour : -
~~ oren, hijau lumut, biru firus, maroon, lilac, purple gelap
6. Favourite song : -
~~ addicted mostly to jazz, melayu asli, irama malaysia dan klasik
7. Benda yg membuat anda stress : -
~~ Bila fikir kisah2 lampau yang melukakan
~~ Bila orang buat2 baik depan kita tapi di belakang mengutuk
8. 3 benda dalam wallet : -
~~ peribadi
9. Kali terakhir menangis beriya-iya : -
~~ Tak ingat sebab selalu menangis!
JAMBANGAN BUNGA MAWAR PUTIH NI EMBUN MUATKAN LAGI DISINI UNTUK KENGKAWAN (WANITA SAHAJA) YANG BARU DIKENALI. KENGKAWAN LELAKI TU RASANYA TAKYAH AMIK AR BUNGA NI TAPI KALAU SUDI APALAH SALAH KIRANYA SEBAGAI TANDA PERKENALAN DAN PERSAHABATAN ANTARA KITA. KENGKAWAN YANG BARU MENGUNJUNGI LAMAN EMBUN NI LEH AMIK DAN BAWA BALIK EK. TOKSAH MALU2
Khamis, 18 September 2008
Al-Quran Mengubat Jiwa
Oleh ZUARIDA MOHYIN
DIAM tidak diam, sudah lebih dua minggu umat Islam berpuasa. Malah pada hari ini, umat Islam sedang dalam suasana memperingati hari turunnya al-Quran atau dipanggil Nuzul Quran.
RAMADAN merupakan bulan yang digalakkan umat Islam memperbanyakkan membaca al-Quran.
Kelaziman di Malaysia, hari ini diraikan dengan pengisytiharannya sebagai cuti umum di beberapa negeri serta penganjuran program-program ceramah di sana sini.
Hakikatnya, adakah cara ini sudah memadai sebagai peringatan bagi kaum Muslimin agar memperingati salah satu peristiwa besar dalam sejarah Islam serta kewajipan umat Islam kini kembali untuk mempelajari, memahami dan mengkaji isi kandungan al-Quran?
Ini kerana, al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar sebuah kitab tetapi untuk menjadi pedoman hidup atau petunjuk (hidayah) bagi umat manusia, memberi rahmat, syifa', ketenangan, peringatan, penjelasan, sekali gus sebagai mukjizat atas kenabian Muhammad SAW.
Sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan yang batil)..." (al-Baqarah: 185)
Oleh itu, seharusnya peringatan Nuzul al-Quran menjadi momentum bagi umat Islam untuk menilai kembali sejauh mana mereka memahami dan menghayati kandungan al-Quran. Apatah lagi dalam kita melayari Ramadan mulia ini.
Allah berfirman yang bermaksud: Kitab suci ini diturunkan untuk memberi keputusan (jalan keluar) terbaik bagi masalah-masalah kehidupan manusia (al-Baqarah: 213).
Peristiwa penurunan pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW ketika berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran Baginda sentiasa dijadikan pemangkin semangat kepada pemuda mualaf kelahiran Perkampungan Muramvya, Burundi, Afrika, Hilali Sibomana, 30, dalam usaha beliau menguasai dan menyelidik ilmu al-Quran.
Beliau berkata, surah al-Alaq yang bermula dengan suruhan yang bermaksud: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"... adalah bukti paling jelas dan sahih tentang kepentingan pencarian ilmu itu. Sayangnya, umat Islam memandang remeh akan penekanan ke atas ayat ini.
"Saya mengenali al-Quran sejak usia kanak-kanak lagi. Ini kerana dilahir dan dibesarkan dalam kelompok mubaligh Kristian, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menguasai bukan sahaja kitab Injil tetapi juga al-Quran.
"Pada peringkat awal, memang pembelajaran saya semata-mata demi mencari kelemahan al-Quran untuk mudah berhujah bila berhadapan dengan umat Islam.
"Tetapi semakin saya mendalami kitab suci ini, semakin saya meyakini dan akhirnya, mengakui kebenaran agama Islam," cerita pemuda ini yang reda bergelar pelarian politik di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) demi mempertahankan akidah Islamnya.
Anak tunggal ini turut kehilangan ibu bapa tercinta hanya kerana pengislaman diri kira-kira lima tahun lalu. Pun begitu, beliau tidak pernah menyalahkan takdir Ilahi ini kerana lebih takutkan pembalasan Allah SWT kelak berbanding ancaman atau ugutan manusia.
Mengakui dirinya agak bertuah kerana tidak menghadapi masalah dalam mempelajari al-Quran hasil didikan awal yang diterima dahulu. Pun begitu, Hilali tidak sekali-kali menganggap pencapaiannya itu sudah dikira baik.
Lantaran itu, dari semasa ke semasa beliau belajar memperbaiki mutu bacaan, tajwid dan kefahaman menerusi cakera padat dan kaset. Malah beliau menjadikan kebiasaan membaca al-Quran kemudian diselikan dengan melihat kepada terjemahan daripada kitab tafsir.
Dalam sesi fotografi yang dilakukan di sebuah masjid di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini turut disertai dua rakan mualaf kelahiran Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah iaitu Joannes Lukas, 29, dan Muhd. Assamarqandi Lee Abdullah, 28.
Sebagaimana hidayah yang Allah SWT suntikkan dalam jiwa Hilali, begitu jugalah sama yang dialami Joannes dan Assamarqandi iaitu membuat perbandingan di antara al-Quran dengan kitab Injil serta penjelasan tentang konsep ketuhanan di dalam agama Islam.
Kata Muhd. Assamarqandi lagi, pembelajaran al-Quran diikutinya secara sepenuh masa di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Kelantan dari 2005 hingga 2007.
Alhamdulillah, katanya, tiada halangan ketika belajar. Cuma selepas berkahwin dan mendapat cahaya mata, beliau terpaksa memilih sama ada untuk meneruskan pelajaran atau bekerja? Jadi, pada masa itu, beliau memilih untuk berkerja demi mencari nafkah keluarga.
"Malah saya benar-benar bersyukur kerana dengan sentiasa mendekatkan diri kepada al-Quran serta istiqamah dalam pengamalannya, ia telah berjaya menyingkirkan segala kekotoran jiwa yang melekat dalam lubuk hati ini.
"Percaya atau tidak, saya pernah bergelar penagih dadah, perokok dan kaki botol. Alhamdulillah, kesemua tabiat buruk ini berjaya ditinggalkan berkat keyakinan dan bantuan daripada Allah SWT. Malah al-Quran itu menjadi pelindung diri ketika berjalan atau bekerja dan ketenangan jiwa," katanya yang amat bersyukur kerana antara insan terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya.
Nasihat beliau kepada generasi muda sekarang yang bakal memerintah bumi ini, bahawa kehidupan di dunia itu tidak kekal, suatu hari nanti semua akan merasai maut. Oleh itu, tanpa ilmu kita akan sesat.
"Belajarlah ilmu al-Quran, anda pasti akan dapat sesuatu yang tidak pernah anda sangkakan. Ini pengalaman saya, pintu rezeki bertambah malah saya telah memenangi beberapa pertandingan tilawah al-Quran. Hakikatnya, dengan ilmu Quran sebagai panduan hidup, pasti akan berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah," katanya yang memeluk Islam pada 15 Jun 2004.
Inisiatif
Sementara itu, Joannes selepas memeluk agama Islam, terus belajar tajwid dan iqra' iaitu dua kali seminggu dengan Imam I di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembelajarannya tidak setakat itu, beliau juga mengambil inisiatif mengulangkaji selepas tamat kelas dan selepas solat.
"Alhamdulillah dalam tempoh tiga bulan, saya sudah menguasai surah-surah lazim dari surah ad-Dhuha ke surah an-Naas. Dari situlah saya boleh membaca al-Quran dengan baik. Kemudian, saya sambung hingga tamat iqra' enam. Kesemua ini lengkap dipelajari dalam tempoh enam bulan sebelum mendapat tunjuk ajar daripada Hj Ma'som. Memperoleh bimbingan daripada beliau secara tidak langsung menjadikan bacaan al-Quran saya bertambah berkualiti," jelasnya.
Menyentuh pembacaan al-Quran, Joannes berkata, beliau tidak pernah bosan kerana memang minat dan menganggap kitab suci itu sebagai teman hidup.
"Sebab itulah, apabila berjaya menguasainya, keseronokan yang dirasai tidak terhingga seolah-olah seperti mendapat ijazah pengajian Quran malah timbul satu azam untuk menghafal al-Quran dalam tempoh setahun," akui Joannes yang bercita-cita untuk memahami, menghayati, mempraktik dan menguasai ilmu perbandingan agama dengan baik. Harapannya lagi, ia secara langsung akan meningkatkan rasa cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Berkongsi kesan ke atas beliau, jelas lulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dari UPM ini, al-Quran banyak membentuk keperibadiannya. Malah perasaan panas baran, tidak tenang dan tertekan berjaya dikawal.
"Apabila kita membiasakan diri dengan menghafal ayat-ayat al-Quran. Ia menjadi penenang hati. Selain itu, rasa cinta kepada Allah semakin menebal dan mendalam.
"Oleh itu, kita kenalah banyak berdoa minta dipermudahkan dalam pemahaman ajaran Allah dan agar dilembutkan hati.
"Yang penting sekali, selepas membacanya, kita kena lihat tafsir atau terjemahan dan jika boleh hafal, itu adalah lebih baik. Kemudian, kita imbas kembali, adakah cara hidup kita ini mengikut al-Quran dan sunah atau tidak?," saran Joannes terhadap kepentingan setiap umat Islam tidak kira mualaf atau dilahirkan Muslim untuk menguasai al-Quran.
sumber :http://www.utusan.com.my
Label: bicara Islam
Rabu, 17 September 2008
Bila berkunjung "umah" zira, dapat le pulak buah tangan ni. Segan lak bila bertandang "umah" orang tak bawak ape2, tetiba orang bagi kita buah tangan! Terima kasih zira. 
Embun lak menyepi kejap dari arena masak2 ni. Embun jalan2 ja "umah" kawan2, tengok apa dia org masak utk buka dan sahur, seronok embun nengok menu yang bermacam-macam. Takda benda yang best embun nak wat masak2, lagi2 itu jugak. Dah namanya orang bujang, dah kena angin malas nak masak. Tambahan duduk berdua ja dengan kazen, tu yang buat bertambah malas masak. Kalau makan pon, bukannya banyak, sket2 je. Daripada membazir, elok embun tak yah masak dulu. Masak yang simple2 ja. Sejak dua tiga hari ni lambaian kampung halaman kian mencengkam perasaan. Bila tidur pulak asyik termimpikan keluarga dan kawan2 di Sarawak. Menghitung hari ja embun ni nak balik kampung, barang2 nak bawa balik ada yang dah siap packing pon. Insyallah 24hb ni flight embun balik ke Sarawak.
Embun nak bagi award ni kat kawan2 sebagai tanda penghargaan dan untuk hiasan kat laman masing2.
senarai penerima award :-
1. ela - doha qatar
2. nur - johor bahru johor
3. along roz - miri sarawak
4. dayang - rawang selangor
5. kak dee - kuching sarawak
6. zira - kedah
7. bro rozzan - singapura
8. zanie - johor bahru johor
9. na - kemaman terengganu
10. ah - sarikei sarawak
Label: award, buah tangan
Isnin, 15 September 2008
Hari ni lak embun menerima kiriman kad raya daripada Nur
Terima kasih bebanyak Nur . . . tak cukup dengan kiriman kad raya, Nur bagi lagi present nih . . . terma kasih lagi Nur, embun pon nak ngucap "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" untuk Nur suami isteri serta keluarga masing-masing. Maaf zahir batin.
Label: friendship quote, kad raya
Ahad, 14 September 2008
Syukur alhamdulilah, pas sahur hari ini dapat hadiah daripada kawan. Terima kasih zanie atas pemberian ini. 
Label: kad ucapan




















