Autograf

Sabtu, 15 November 2008

Manok Pansuh

Embun nak share jugak kat sini resipi "manok pansuh" ni ngan kawan2 dan sesaper ja yang ingin tahu dengan lebih lanjut apa itu "manok pansuh". Secara ringkasnya, perkataan "manok" dalam bahasa Melayu Sarawak dan bahasa Iban bermaksud ayam, manakala "pansuh" pula istilah bahasa Iban yang membawa maksud masakan yang dimasak di dalam buluh. Embun perhatikan di dalam MYR, banyak entri perkongsian resipi berkenaan sajian ini dipaparkan oleh rakan2 dari negeri Sarawak menggunakan tajuk entri yang agak berlainan walaupun masakan tersebut adalah serupa. Untuk itu, untuk tidak menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan kawan2 dari Semenanjung dan Sabah, embun entrikan paparan tersebut disini untuk makluman semua. Sepertimana lazim, setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan apabila menyediakan masakan masing2. Kalau dalam masakan manok pansuh ini, ada yang gemar menggunakan daun pucuk ubi kayu, tidak kurang juga yang menggunakan daun pucuk bungkang (istilah dlm bahasa Iban yang merujuk kepada sejenis daun pokok herba yang digunakan di dalam masakan terutamanya masakan ayam, daging, udang, ikan dll), ada pula yang menggunakan tepus dan bunga kantan. Ringkasnya memasak ni tidak terhad kepada penggunaan satu2 jenis bahan sahaja, terpulang kepada daya kreativiti kita utk menyediakan masakan yang menepati citarasa masing2 dan kesesuaiannya.
Resipi Manok Pansuh Versi fara bie

Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam
satu ikat pucuk ubi kayu
buluh sederhana besar.(kalau yg kecil tu boleh guna 2 ruas)
3 batang serai(diketuk)
3 ulas bwg putih & 5 ulas bwg merah(ditumbuk)
2 inci halia(dihiris)
garam dan ajinomoto secukup rasa
boleh ditambah dengan umbut lengkuas

Cara Menyediakannya :-

Potong ayam sederhana besar dan cuci bersih.(jgn terlalu besar nanti x muat
masuk dalam buluh).Perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan aji selama 3 minit.Ambil pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas menggunakan garam kira2 1/4 sudu teh.Gaulkan daun ubi yang telah diramas sederhana lumat dengan ayam yang telah diperap tadi.Cuci buluh terlebih dahulu kemudian masukkan ayam dan daun ubi yang telah digaul.Bakar buluh yang telah diisi ayam menggunakan api kayu (seperti membakar lemang).Setelah ayam mendidih, bakar lagi selama 30 minit.
Apabila telah masak, tuangkan ayam kedalam mangkuk yang sederhana besar dan boleh
dihidang.

Resipi Manok Pansuh Versi Indai Aim

Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam - dipotong
2 btg serai - dihiris
6 ulas bwg putih - ditumbuk
4 ulas bwg merah - ditumbuk
3 buku halia saiz besar - ditumbuk
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 ikat pucuk ubikayu - digosok2 sekejap dgn tapak tangan dan dibersihkan serta
ditoskan airnya.
garam
serbuk perasa

Cara Menyediakannya :-

Tos ayam yang telah dipotong tadi.Gaul ayam dengan bahan tumbuk.
Masukkkan serai,bunga kantan,garam dan serbuk perasa dan gaul rata.Perap
seketika lebih kurang 20 minit.Masukkan ayam ke dalam buluh yang sudah dibersihkan diselang-selikan dgn pucuk ubi.(Semasa mengisi ayam tadi,hentakkan buluh tu sedikit2 supaya ketulan ayam turun ke dasar buluh dan jangan diisi terlampau penuh).Tuangkan sedikit air bersama air perapan ayam tadi ke dlm buluh dan tutup mulut buluh dgn pucuk ubi yang dikepal atau daun pisang yang telah disimpul.Bakarlah selama lebih kurang satu jam menggunakan kayu api atau arang. (boleh juga gunakan dapur gas)

*Bagi yang menggemari rasa pedas boleh masukan sekali hirisan cili.

Resipi Manok Pansuh Versi Merak Emas

Bahan-bahannya :-

Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam dipotong 10
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Sebiji cili besar
2 sudu tempoyak (kalau suka)
Garam
Sedikit serbuk perasa
Secekal pucuk ubi diramas.
1/2 cawan air

Cara Menyediakannya :-

Sediakan bara api (Seperti membakar lemang).Bersihkan buluh.Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat.Bersihkan ayam.Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan pucuk ubi.Pastikan rasa garamnya bersesuaian dengan selera anda.Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam buluh.Jangan hentak buluh.Masukkan air.Tutup muncung buluh dengan sekepal pucuk ubi.Bakarlah di atas bara api seperti mana kita membakar lemang.Bakarlah sehingga masak.Pucuk ubi yang dijadikan penutup buluh tadi boleh dijadikan ulam atau dimakan bersama Manok Pansuh.

daun bungkang
sumber : miraculous musings

membakar manok pansuh
sumber : matsukarmi a.k.a mie

dah masak ...
sumber : ct ayusafura muzamil

Untuk paparan serba lengkap boleh melayari laman ini atau gambar2 menarik disini.

2 Comments:

  1. yulia madjid said...
    macam kami dinamai ayam di buluh. namun rempah agak berbedza
    Adi said...
    salam mbak yulia, makasih ya mbak atas komentarnya. ya, pasti sekali setiap kawasan atau tempat itu punyai perbedaan antara satu dengan yang lain. ya, sudah namanya keberadaan kita ini dinamai alam nusantara gitu, pastinya banyak sekali persamaan namun cara persembahannya sedikit berbeda. apapun mbak makasih sekali lagi kok, dengan kesudian mbak mengunjungi saya lewat blog Embun Menitik. Link aku ya mbak!

Post a Comment