Autograf

Ahad, 23 November 2008

Kek Goyang Dangdut


Kali ini embun paparkan resipi Kek Lapis Goyang Dangdut. Resipi ni kak seri kat taman sri pulai yang beri tahun lepas. Malangnya embun tak sempat nak mencuba sebagai sajian aidilfitri. Tahun ni pun tak cuba juga pasal adik embun ambil alih tugas buat kek. Inilah hasil kerja embun yang pertama dalam membuat kek lapis ni. Sebelum ini embun tak pernah buat kek lapis, cuma kek kukus biasa saja (plain). Gara-gara melapis, tak tidur embun semalaman kerana ter over excited. Mata embun pulak sporting habis malam tu, langsung tidak menunjukkan tanda2 nak lelap walaupun sering menguap! Syukur alhamdulilah, berjaya juga embun menghabiskan acara lapis-melapis tatkala jam menunjukkan angka 06:00 pagi!!! Ala, embun mula pon akhir juga lebih kurang dalam jam 09:00 malam. Kek Lapis Goyang Dangdut ini merupakan satu lagi variasi kek kukus Sarawak.
Bahan-bahannya : -

10 biji telur ayam
16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn
1 tin susu manis = 390gm
1 tin tinggi srikaya = 300gm
3 gelas tepung susu = 480gm
1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm
pewarna kuning dan cokelat


Cara Membuatnya : -

1.Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.


2. Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.





Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana.

3.Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.





Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.

Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.



5. Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.



6. Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri.Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan)







Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.



7. Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.


Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.


Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.



CITARASA EMBUN MENITIK

0 Comments:

Post a Comment