Autograf

Khamis, 13 November 2008

Nusyus, isteri derhaka dan tidak cium bau syurga antara ancaman sering dilemparkan suami bagi menghukum isteri. Mudah benar si suami melafazkan kata-kata yang kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu maksudnya. Bercakap mengikut hati tanpa mengambil kira perasaan isteri.Hakikatnya, mana ada isteri yang tidak sayang suami. Jika kena cara didikan, bidadari pun sanggup isteri berikan. Namun, keluh-kesah isteri tidak pernah berkesudahan.Apa yang disenaraikan hanya sebahagian kejadian yang pernah kita dengar daripada ibu, kakak, emak saudara, kawan-kawan atau jiran tetangga.


1.Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi asyik fikir mana nak bulab madu. Nak buat teknik
macam-macam. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
2.Kami terpaksa tangguhkan perkahwinan sebab tunang saya sibuk dengan kerja dan tak ada masa nak belajar baca al-Fatihah, hafaz rukun sembahyang dan niat puasa.
3.Malam pertama saya berendam air mata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibu bapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai ke subuh tak pulang. Kami bercerai tiga bulan kemudian.
4.Selepas tiga bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang beretugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya geledah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah sengan kekasihnya.Saya lari balik semenanjung. Dia tidak pernah pujuk. Lepas pantang, saya terima surat cerai. Dia tidak pernah mahu tahu macamana rupa anaknya.
5.Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pon duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
6.Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi belum pernah sekalipun dia mahu bangun malam buatkan susu anak atau tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
7.Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga.Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
8.Mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi, dia tidak pernah sekalipun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
9.Walapun sudah lama masuk Islam, suami saya masih nak makan "daging" itu, terutama jika balik ke rumah emaknya.
10.Suami tetap "mahu" walapun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
11.Saya dipukul suami ketika mengandungkan anak kedua kerana saya tidak mahu berikan dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
12.Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap-tiap malam dan suka liwat saya.
13.Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnyua, merambu dengan kawan-kawan macam orang muda sampai tergadai Maghrib dengan Isyak. Tinggallah saya di rmuah seorang diri terkial-kial menguruskan anak.
14.Bagi saya, perkahwinan lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan-kawan apabila isteri hamil,dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap hari bulan berendam air mata.
15.Bab duit ringgit saya tak nafikan, suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
16.Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu "isteri" sekarang "pengurus anak-anak". Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap perkara penting sahaja. Hubungan seks hanya dua, tiga bulan sekali. Itu pun saya yang "terhegeh-hegeh". Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
17.Suami saya konduktor bas, saya lulusan universiti. Alamatnya, semua perbelanjaan keluarga saya tanggung. Duit gajinya cukup untuk belanja saya tengok wayang saja.
18.Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
19.Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Mekah yang dia bayarkan tiga tahun dahulu masih terus diungkit setiap kali bergaduh.
20.Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu sebagai zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9 peratus muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus memfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
21.Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
22.Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks seama jenis.
23.Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan pondan.
24.Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa-rupanya dahulu dia pondan dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
25.Siapa tidak sayang emak. Tetapi saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok bergadai semata-mata mahu penuhi hajat emaknya yang berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak-anak.
26.Suami tetap mau saya masak macam biasa, hubungan seks dua, tiga kali seminggu dan rumah tidak boleh bersepah walaupun saya sarat mengandung.
27.Setiap kali mengandung, pandai-pandailah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak melahirkan, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Kalau nasib bagus, suami jemput, kalau tidak pandai-pandailah saya balik rumah dengan anak.
28.Memang hati saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati-hati sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
29.Kalau anak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata "tak ada duit". Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan sahaja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana "lemaknya".
30.Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga", siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
31.Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka satu hingga sepuluh, letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, dua tiga hari dia tak pergi menoreh.
32.Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti selepas kahwin. Tetapi, rupa-rupanya lebih teruk. Tak cukup gaji, barangk kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa. Pernah rumah kami dibaling tahi.
33.Tiga empat bulan suami "hilang" itu perkara biasa. Kadang-kadang sampai setahun.Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti.Biasanya dia kena serkup waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawannya.
34.Anak ketiga kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang ada tanda-tanda HIV.
35.Dulu hidup kami senang juga. Tetapi selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak-anak.
36.Rumah kami tunggu masa nak roboh saja. Anak makan kalau ada orang sedekah. Nak harap suami, asyik sibuk ikut tabligh.
37.Sejak berniaga, suami gila karaoke.Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina disitu. Sekarang, perniagaannya lingkup dan dia ikut perempuan Filipina tu balik negaranya. Dengar khabar, dah dapat anak luar nikah pun.
38.Emak saudara saya gila meroyan sebab suaminya tak ada kerja tetap. Asal anak lahir saja, dia jual. Setakat ini dah tiga orang. Seorang anaknya tak dapat dijual sebab terencat akal. Jadi emak saya bela.
39.Kalau betul seronok beristeri muda, mengapa mesti nak bandingkan-bandingkan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakiti hati saya selama ini?
40.Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja, mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam-macam jenis tangkal keliling rumah. Pantang dengar ada tempat keramat, mesti dia nak pergi "bersangkak".
41.Ketika bapa meninggal dunia dahulu, baru kami tahu dia ada tiga isteri lain dan anak masih kecil. Rupa-rupanya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata-rata tempat. Emak tidak ambil peduli asal arwah tidak mengganggu hidupnya.
42.Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri dua tiga orang. Kekasih keliling pinggang. Anak ramai.Tetapi, selepas pencen dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anaknya lenyap.Akhirnya, dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya diuruskan abang saya dan pihak hospital.
43.Kata emak, ayah cukup gemar berhutang dengan ceti. Biasanya dia akan curi kad pengenalan emak untuk isi borang penjamin. Emak yang tidak tahu-menahu pasti melenting apabila dapat surat saman. Pernah juga emak naik mahkamah sebab ayah tak bayar hutang. Tetapi, ayah tak pernah serik dan teruskan tabiatnya itu.
44.Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah habis dibaling barang-barang rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
45.Puas saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula-mula cuma hamper. Kemudian barang kemas. Akhir sekali, duit berpuluh-puluh ribu. Aapabila dia kena cekup polis, saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

sumber : majalah Jelita keluaran April 2001, ms106/107 tulisan zurilawati ku zaifah

0 Comments:

Post a Comment