Autograf

Isnin, 24 November 2008

Selamat Hari Lahir . . .

Hari ini genap 39 tahun umur ku . . . suatu tarikh yang aku sendiri selalu lupa! Oleh kerana itu, aku tidak pernah merancang untuk menyambutnya sepertimana orang lain. Kalau tidak kerana menonton konsert jom heboh tv3 malam tadi, aku mungkin tidak menyedari bahawa usiaku melangkah setapak lagi ke hadapan. Apapun aku memanjatkan rasa kesyukuran yang teramat sangat ke hadrat Allah SWT kerana memberikan aku peluang untuk terus bernafas di maya pada ini dan seterusnya untuk aku terus menikmati keindahan hidup yang dianugerahkan ini. Walaupun tidak lagi menerima apa2 ucapan selamat dari orang2 yang aku sayang dan pernah aku sayang dan menyayangi aku dan mereka yang dekat serta pernah dekat dengan ku, namun sedikit pun aku tidak berkecil hati dan merasakan diri ini sudah dilupakan. Apa yang penting, aku harus bersedia untuk terus hidup sepertimana mereka dan orang lain disekelilingku. Juga, aku harus nekad memperjuangkan kesempatan dan peluang yang ada untuk tidak selalu alpa dengan permainan duniawi sehingga menyebabkan aku lupa akan siapa diri ku, siapa aku disisi keluarga ku, siapa aku disisi kawan2 ku, siapa aku disisi sahabat2 ku, siapa aku disisi bangsa ku, siapa aku disisi agama ku, siapa aku disisi masyarakat ku dan yang paling utama siapa aku disisi Tuhan ku. Semakin meningkat usiaku, bermakna semakin besar tanggungjawab ku untuk terus mengharungi sebuah kehidupan yang telah direncanakan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Syukur Alhamdulilah.

* * *
Rasanya mungkin ini masa yang sesuai untuk "menjelmakan" diri menjadi orang yang sebenarnya yang berselindung disebalik nama pena Embun Menitik. Agak lama juga masa yang diambil untuk membuat keputusan samada perlu atau tidak untuk menampilkan diri di khalayak ramai menerusi ruangan sebegini. Setelah ditambah, darab, tolak dan bahagi inilah keputusan yang dirasakan selesa demi untuk tidak menjadi orang lain dan berlaku jujur serta ikhlas bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan untuk kawan-kawan samada yang lama mahupun yang baru.
TERIMALAH AKU SEADANYA . . .

(Declaration)
Mulai hari ini ini . . .


Nama blog : masih dikekalkan
Nama penulis blog : Adi

Walaupun tiada ucapan selamat, mahupun hadiah2 sepertimana biasa, Adi merasakan diri adi dihargai kawan-kawan baru yang adi kenali sejak mula melakar sejarah menjadi "penulis" blog. Terima kasih buat Ela kerana memberi kepercayaan kepada adi untuk menerima award ini walau ianya hanya sekadar untuk suka-suka.

0 Comments:

Post a Comment