Autograf

Selasa, 11 November 2008

Kek Kukus Nurul Huda

Satu lagi resipi kek kukus Sarawak yang menjadi feveret. Rasanya manis (trademark kek dari Sarawak), moist sangat dan masa mengukus yang agak lama (satu lagi trademark kek kukus Sarawak). Pasal nama tu, tak pasti lah pulak dari mana datangnya, mungkin sempena nama orang yang mencipta resipi kek ini.

Bahan-bahannya : -

10 biji telur ayam
16 oz mentega golden churn
1 tin besar srikaya
1 tin susu pekat manis (390 gm)
* susu manis tin kecil ni kalau di semenanjung boleh didapati di kedai 7 Eleven
1 botol kecil horlick (gunakan 1 paket kecil 200gm)
2 sudu teh serbuk koko
2 gelas gula (lebih kurang 320 gm)
2 gelas tepung gandum / tepung hong kong
1 botol kecil browning sugar (optional - sekadar untuk pekatkan warna kek)

Cara Membuatnya : -

Pukul telur dengan gula hingga kembang.Mentega dengan susu pekat manis dipukul di tempat lain hingga sebati dan kemudian disatukan dengan adunan telur tadi. Pukul lagi sehingga adunan rata.Masukkan browning, serbuk koko, horlick, srikaya dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan sehingga sebati.Kukus sehingga masak di dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas. Masamengukus lebih kurang 4 - 5 jam atau apabila kertas sudah renggang dari loyang.

*Kek ini semasa mengukus akan naik tetapi apabila sudah masak dan sejuk, akan turun sedikit dan nampak kering berbanding semasa mula2 dikeluarkan dari pengukus(kelihatan basah).
*Potong / hiris apabila kek sudah sejuk dan bakinya dibungkus dengan alluminium foil dan simpan di dalam fridge untuk tahan lebih lama.
jenis susu yg boleh digunakan, asalkan susu pekat manis je. cuma kat semenanjung takde jual susu manis tin yg rendah tu. kalau kat jb ni leh kata satu jb dah embun pusing keliling carikan susu manis tin rendah mcm tu, tp takder lah pulak. cuma kat kedai 7e je embun terjumpa benda alah ni!
gambar gelas yang biasa embun gunakan untuk sukat menyukat berapa byk gula / tepung yg diperlukan yang jumlahnya kalau ikut timbangan gram = 160gm (satu gelas). ni bahagian hadapan gelas
ni pulak, bahagian bawah gelas yang ada struktur bulat2, kononnya embun nak bgtau sesaper yg ada gelas yang mcm tu leh gunakan utk sukatan bahan2. embun harap sume jelas ek. huhuhuhu


EMBUN SOK SEK

Embun ni duduk bujang dengan kazen embun, jadi kalau sekadar nak masak sejenis dua tu untuk embun muatkan sebagai entri terbaru / terkini embun sememangnya amat tidak berbaloi. jadi setiap kali masak embun snap dulu gambar2 menu kegemaran embun. bila dah rasa memadai untuk embun entrikan sebagai paparan terbaru, maka embun mula lah compose / edit entri2 tu disini. inilah gambar2 menu kegemaran embun, simple dan sempoi dan tak vogue pon, ala citarasa orang bujang, dari dapur orang bujang! Kalau muda2 dulu leh gak embun ni vogue2 (biasanya vogue tu istilah utk org pompuan jer, kalau yg jantan nyer disebut metroseksual) - entah betul ke tidak apa yang embun repekkan ni.

PEKASAM GORENG PUCUK UBI

Feveret embun time makan, biar takda lauk lain memadailah dengan pekasam goreng pucuk ubi ni. Makan dengan nasi beras huma (orang Sarawak panggil beras baru) yang panas2, fuyooh! Kalau nak tahu pekasam ni embun buat sendiri. Tak tau lak embun kalau kat semenanjung dipanggil apa - mungkin jeruk kot. Insyallah dalam entri akan datang, embun selitkan bagaimana nak hasilkan pekasam ni. Orang2 muda dan tak biasa makan makanan kampung mungkin first time dengar dan lihat ye.

IKAN BAKAR @ IKAN TUNOK

Lamanyer embun tak makan ikan bakar ni, tak kisahlah ikan apa pon. Embun ni jenis yang tak memilih sangat bab makan ni, janji HALAL. Embun ni hantu ikan tapi lebih kepada ikan goreng sahaja. (kalau dihidang untuk diratah ja (orang Sarawak sebut "di anyang") sebesen ikan goreng pon embun leh habiskan! Ngeri kan? Kalau kat kampung emak biasanya bungkus / balut dengan daun pisang sebelum dibakar. Pokok pisang mudah sangat dapat, kat tepi2 umah ke, belakang umah pon ada gak. Tp kat sini (jb), payah nyer nak dapat maklum duduk menyewa kat apartment mana ader sume tu, kalau setakat nak beli kat paso pon tak seswailah pulak dengan jumlah ikan yang nak dibakar tu. Daun pisang ni bukannye leh beli sket2 kerana biasanye dijual dalam gulungan yang banyak no. So how lor, embun bakar je dalam oven lepas siap diperap sekejap dengan bahan2 pilihan embun (biasanye embun tumbukkan bawang merah dan putih, halia, kunyit, serai, asam jawa sket dan sedikit garlic spread, termasuk sedikit garam dan msg sebagai pelengkap rasa.) Bab bakar lak embun guna suhu 250 darjah selama 15 - 20 minit, menggunakan api atas dan bawah.

CICAH IKAN TUNOK

Ni embun wat cicah untuk ikan bakar, simple jugak ikut taste embun - kicap manis, bawang putih yang ditumbuk dengan cili padi, garam dan msg.


CANGKOK MANIS / PUCUK MANIS & LABU KUNING

Lauk ni pon feveret embun gak pucuk manis ( orang Sarawak panggil "cangkok manis") digoreng dengan labu kuning. Perkataan "digoreng" tu kalau di Sarawak biasanya merujuk kepada lauk pauk yang digoreng dengan jumlah minyak yang banyak sbg cthnya ikan, ayam dll. Ketika mula2 sampai ke jb dulu, embun garu kepala jugak kenapa lah kakak2 kat sini asyik goreng sayur2 dia orang. Lama kelamaan baru embun faham dengan apa yang dimaksudkan. Di Sarawak, lazimnya kita sebut "tumis" sahaja, tak kira lah lauk apa cthnya tumis kering pucuk ubi dengan udang kering, tumis belacan kacang panjang, tumis halia dengan ikan bilis dsbgnya. Pucuk manis dengan labu kuning ni pon leh ditumis kering juga, maksudnya tak perlu bubuh air banyak, yang nampak berkuah macam dalam gambo tu, saja embun buh air sebab nak hirup kuahnya yang manis tu. Well, cooking as a matter of fact is no longer about ingredients, flavouring, colouring etc but also based on our creativity! Amboi3 (Azwan, cek pinjam sat no, hang punya skrip!) embun ni over reacting lak cakap omputih ni. ahaks ...

SAYUR LEMBAYUNG DENGAN UDANG

Yang ini pon sayur kegemaran embun. Actually tak tau nak panggil apa kalau kat sini. Kalau kat Sarawak pon embun tak tau apekah namanye sayur ni! hihihihi. Embun biasa makan sayur ni kat kampung pasal emak ada tanam kat belakang umah. Tak penah terlintas lak nak tanyaemak nama sayur ni, tau2 ngap aja. Sayur ni jenis yang menjalar. Ari tu ke paso dengan kak mah (kakak angkat embun), belilah 2 ikat sayur ni. Menurut kak mah ni sayur lembayung tp mengikut kazen, dia penah ternampak sayur ni dijual kat paso len, dengan nama lain (siap dilabel dengan nama sekali kau) ada something . . . mcm perkataan "raja" kat ujungnya. Whatever lah, janji embun suka makan. Sayur ni embun tak siang daun nya kecik2, embun main patah2 kan saja (petik daun dan batangnya yang lembut dengan jari). Embun rendam seketika, cuci bersih dan toskan. Ni pon embun tumiskan kering campur udang. Rupanya sayur ni mengeluarkan sedikit lendir apabila dimasak dan berair. Embun tak perlu buh air lagi dan masaknye cukup simple jugak iaitu tumiskan bawang merah dan putih beserta cili, masukkan udang, balik2 kan, masukkan kiub pati ayam maggi seketul, kacau sebentar, masukkan sayur dan balik2 kan seketika dan angkat. Takyah lamer sangat menumis / menggoreng sayur mayur ni, tak sodap laie kalau sayur tu layu kan?

IKAN GORENG

Ikan lagi ...? tapi ini ikan goreng maah. sure my favourite punye. Syukurlah kazen tu tak makan ikan sangat, embun apalagi lepas satu satu dilapah daging ikan goreng ni untuk di ngap. Embun kalau makan ikan goreng takyah cicah2 punye, makan gitu je - tak hanyir arr pasal sebelum menggoreng tu dah dilumur dahulu ikan tu dengan bahan2 yang seswai. Bahan2 yang seswai?
Ha ah, takkan lumur dengan clorox kot!!!! huhuhuhu


ASAM PEDAS IKAN

Ikan lagi ...? Ha ah, ni embun masakkan asam pedas. Asam pedas yang main campak2 ja, betul2 campak nyer. Kak mah bilang kalau masak gini namanya "masak singgang". Ni ikan kembung baki yang goreng ari tu. Embun tak guna minyak masak, cuma buh air dalam periuk, campakkan hirisan cili merah, kunyit, bawang merah dan putih, ketulan halia yang sudah dikikiskan kulit dan toreh2 kan isinya dengan pisau, seketul kiub pati ayam maggi. Biar mendidih dan masukkan ikan yang sudah siap disiang dan dibersihkan segala isi perutnya! Renehkan hingga agak mendidih dan sesuaikan rasa sebelum diangkat.

LOKAN TUMIS KERING

Lokan tumis kering. Beli lokan ni time ke paso dengan kak mah tu ari. Memang banyaklah shopping kat paso tu. Bila tengok ja lokan, terus terliur embun dengan keenakkan dan kelazatannya. Tp yang orang sini jual dah siap rebus dan kopek! Kalau kat Sarawak dijual dengan cangkerangnya sekali. Takpalah, mengidam punya pasal beli dan masak ja. Dan hasilnya sungguh menyelerakan tekak embun, pon ditumis kering dengan bawang putih dan merah, hirisan cili merah dan kibu ayam maggi. apabila dah siap, angkat dan masukkan ke dalam bekas / mangkuk dan taburkan hirisan daun bawang di atasnya.

SOTONG GORENG KUNYIT

Sotong tumis kunyit ni one of embun's favourite. takyah makan ngan nasi, ratah gitu ja pon sedap. saja tak potong kecil dan masak besor2 gitu lagi sedap, yang penting harus dibersihkan kulit dan bahagian dalam sotong.

TERUNG PANJANG GORENG IKAN BILIS & TELUR

Sayur terung panjang goreng ikan bilis dengan telur. Masa embun gi umah kakak angkat tu (kak mah), bibiknya sediakan lauk ni untuk makan malam. Kalau embun, sebelum ni tak penah lak siangkan kulit terug panjang ni. Terkedu jugak embun tatkala pertama kali melihat terung panjang ni ditelanjangkan oleh bibiknya kak mah (nama bibiknya pon unik gitu - LILIK BUJIK ASTUTIK). Ermmm, sedap jugak bila dimasak begini. (tambahan embun tak reti nak mengomen sedap ke tidak - embun ni ngap ja)!

LOKAN GORENG KICAP

Ini juga masakan bibik - lokan juga lagi. Hari tu kan sama2 beli ngan kak mah embun. Cuma bedanya, lauk ni ditambah kicap - Lokan goreng kicap.

SAMBAL TUMIS KUPANG

Sambal goreng kupang. Ini embun adaptasi dari cara masakan bibik dimana kupang digoreng bersama tempe, carrot, daun bawang. Bahan yang ditumis ialah bawang besar, putih dan cili merah yang dihiris. Agak wierd jugak rasanya tetapi sekadar sebagai variasi kepada masakan kupang.

BENDI GORENG

Embun suka sangat makan bendi goreng ni, malangnya leceh sket bagi embun nak sediakan maklumlah sayur ni jenis berlendir. Kena cuci dulu sebelum dipotong, pas tu biar kering dulu. Biasanya kalau tak larat nak tunggu air cucian ditoskan, embun sanggup lak keringkan bendi dengan tuala. Masaknya pulak mudah dan ringkas. Terpulanglah pada keadaan, kalau rajin, biasanya tambahkan udang ke atau paling tidak pon hirisan fish cake.

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Penat duduk umah, embun ngan kazen ngajak kak mah gi jalan-jalan sambil minum2 dan makan2, tapi kebiasaannya pada hujung minggu sahaja. Kat jb ni banyak sangat tempat nak pegi makan2 / minum2. Actually selalu gak kuar makan2 / minum2 ni tapi tak penah lak nak snap gambo. Tetiba je, la ni baru nak tangkap gambo menu kegemaran masing2.

JUS EPAL

KAROT SUSU SUAM

SIRAP OREN

NESCAFE TARIK

CENDOL PULUT

CENDOL KACANG MERAH

MEE SUP

TOM YAM CAMPUR

2 Comments:

  1. HomeKreation said...
    Embun, nnt amik award kat umah along k. Special utk Embun yg mmg amat amazing.....
    Adi said...
    tqvm along kasi embun award. hihihi, ntah aper ek dpt award lak embun ni. really appreciate it along . . .

Post a Comment