Autograf

Ahad, 30 November 2008

Balik Kampung



Hari ni, lebih kurang jam 0225 petang nanti, pesawat air asia akan membawa aku pulang ke kampung halaman. Tibalah juga masa yang aku nantikan untuk beristirehat panjang bersama keluarga tercinta yang terlalu aku rindui terutama sekali emak dan ayah. Dah siap packing pun barang2 yang akan ku bawa bersama balik. Maklumlah, bercuti panjang bersama keluarga tersayang disisi. Siap bawa 3 kotak barang yang aku sendiri agak fening kenapa perlu begitu banyak barang2 dan kotak2 tu.

Tapi kalau nak kata tak perlu, rasanya perlu sebab aku ni jenis yang sentiasa bersedia terutama sekali bab pakaian. Tak reti pula nak bawa sikit ja, sebab nanti leh wat choices nak pakai yang mana satu. Beg pakaian lak siap beli yang baru, lagi besar dari yang lama pasal beg yang lama ari tu dah goyang dan nampak uzur. Tak seswai untuk aku sumbatkan baju seluar, secondly pasal ada sales lak kat Tesco Tebrau City ari tu. Kotak2 lak siap aku muatkan dengan majalah2 kegemaran yang aku kumpulkan selama ini. Nak buang sayang lak, maklumlah beli dulu pakai duit then banyak info menarik dan berguna sebagai panduan hidup sehari-hari. Memang sayang sesangat dgn majalah2 tu lagipun kalau kat tempat aku (Sarawak), majalah2 tu kekadang mencapai dua kali ganda harga di Semenanjung dan sekali ganda daripada harga yang ditetapkan untuk pasaran di Sabah dan Sarawak.

Tak cukup dengan satu beg besar dan tiga kotak, bahu ini akan menggalas dan menjinjing dua lagi beg sandang sebagai hand luggage! Wah!, hebat aku balik kali ni. Balik raya ari tu, taklah banyak sangat macam ni ...fening fening, terniat juga nak punggah keluar sume barang2 tu tapi ...ala balik bukan selalu so sekali balik, nilah keadaannya. Kazen pon hairan gak tengok barang2 aku ni. Mcm dah tak balik semula ke JB, rungutnya malam tadi! Ah, biarlah... kak seri dah tunggu kat Sarawak! Rasenya byk aktiviti yg kak seri dah plan time balik ni. Lagi satu, ada Pesta Nenas kat kampung aku, sure gempak aktiviti aku ngan kengkawan yang dah lama sangat aku tidak bersantai dan beraktiviti bersama mereka. Dengar cite, banyak program yang sudah diatur oleh pihak penganjur sempena pesta yang saban tahun diadakan itu antaranya lumba perahu, pertandingan bermukun, karaoke dan ekspo. Aku pulang ni, kire time yang seswai sangat utk beristirehat sambil berhibur dengan pelbagai program tu.
Aku dah tak sabar nak join mane2 pertandingan nyanyian kat kampung. Huhuhuhu. Tapi bukan hadiah yang aku impikan tetapi kepuasan dan minat yang mendalam dalam bidang nyanyian (kalau artis sekarang cakap "bidang seni" - aku tak setuju dengan istilah tu!). Tapi disebabkan tak cukup pakej, aku tak layak jadi artis! huahuahuahua. Lagipon, genre aku lebih kepada lagu-lagu melayu asli dan irama malaysia serta yang klasik. Suka sangat tahap gaban. Penah ari tu rezeki aku menyanyi ni sampai leh wakil negeri Johor lak dlm pertandingan bintang irama malaysia. jejak lah jugak aku ke peringkat separuh akhir kebangsaan kat kl ari tu. Tapi tu lah, selain pakej tak cukup, umo aku pon dah masuk senja, mana ada orang ndak nak minat dan menjadi peminat dan offer jadi recording artist! hehe. Wah, verangan lak pepagi buta ni. Satu lagi, genre aku yang suka nyanyi lagu2 lama ni, mana ada orang2 muda sekarang yang suka dan minat. Kalau ada pon leh dibilang ngan jari. Tapi aku sendiri pon bukannya nak jadi artis pon, yelah macam aku cakap tadi sekadar nak berhibur, untuk kepuasan diri sendiri dan sekadar memenuhi kehendak minat.

Untuk kengkawan yang berkunjung ke "umah" embun@rahman@adi ni, jangan heran tengok pagar tu "berkonci" (suka dengar sebutan sebegini, teringat ngan ustazah mek yah aku dulu). Insyallah, kalau ada peluang dan bahan baru, adalah embun muncul dan apdet sekejap2 nanti . Insyallah. Sehingga tiba saat itu, selamat maju jaya untuk sumer. Wishing all of you, the best in life and keep up the good work. Luv ya all.

Sabtu, 29 November 2008

@LiYaNNuar/Azza/Suzi/Kak Aniza/Shada/Eyna JB/Intan_JB/Riezanie/Embun

MY WORK STATION

Rajin betul si zanie "TAG MenTAg" kengkawan blog die, tp nak wat camner ek zanie, dah begitu permintaan kengkawan. So, bila di TAG kengkawan ni, nak tak nak kena le ikut juge.

Rules:

snap work station anda
then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...
iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..
tengok contoh yang dibuat nih...
begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...
sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...
kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...
tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

Seterusnya giliran embun lak forwardkan untuk kengkawan bloggers dalam senarai kat bawah ni : -


AWARD ...


dAH bAGI tAg, ZANIE BaGI aWARd Lg KAt eMBUN

TENGkiU zANiE, SerONoK lAK EMBuN MAIn tUKAr2 aWARd nIH...

Isnin, 24 November 2008

Hari ini genap 39 tahun umur ku . . . suatu tarikh yang aku sendiri selalu lupa! Oleh kerana itu, aku tidak pernah merancang untuk menyambutnya sepertimana orang lain. Kalau tidak kerana menonton konsert jom heboh tv3 malam tadi, aku mungkin tidak menyedari bahawa usiaku melangkah setapak lagi ke hadapan. Apapun aku memanjatkan rasa kesyukuran yang teramat sangat ke hadrat Allah SWT kerana memberikan aku peluang untuk terus bernafas di maya pada ini dan seterusnya untuk aku terus menikmati keindahan hidup yang dianugerahkan ini. Walaupun tidak lagi menerima apa2 ucapan selamat dari orang2 yang aku sayang dan pernah aku sayang dan menyayangi aku dan mereka yang dekat serta pernah dekat dengan ku, namun sedikit pun aku tidak berkecil hati dan merasakan diri ini sudah dilupakan. Apa yang penting, aku harus bersedia untuk terus hidup sepertimana mereka dan orang lain disekelilingku. Juga, aku harus nekad memperjuangkan kesempatan dan peluang yang ada untuk tidak selalu alpa dengan permainan duniawi sehingga menyebabkan aku lupa akan siapa diri ku, siapa aku disisi keluarga ku, siapa aku disisi kawan2 ku, siapa aku disisi sahabat2 ku, siapa aku disisi bangsa ku, siapa aku disisi agama ku, siapa aku disisi masyarakat ku dan yang paling utama siapa aku disisi Tuhan ku. Semakin meningkat usiaku, bermakna semakin besar tanggungjawab ku untuk terus mengharungi sebuah kehidupan yang telah direncanakan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Syukur Alhamdulilah.

* * *
Rasanya mungkin ini masa yang sesuai untuk "menjelmakan" diri menjadi orang yang sebenarnya yang berselindung disebalik nama pena Embun Menitik. Agak lama juga masa yang diambil untuk membuat keputusan samada perlu atau tidak untuk menampilkan diri di khalayak ramai menerusi ruangan sebegini. Setelah ditambah, darab, tolak dan bahagi inilah keputusan yang dirasakan selesa demi untuk tidak menjadi orang lain dan berlaku jujur serta ikhlas bukan sahaja untuk diri sendiri bahkan untuk kawan-kawan samada yang lama mahupun yang baru.
TERIMALAH AKU SEADANYA . . .

(Declaration)
Mulai hari ini ini . . .


Nama blog : masih dikekalkan
Nama penulis blog : Adi

Walaupun tiada ucapan selamat, mahupun hadiah2 sepertimana biasa, Adi merasakan diri adi dihargai kawan-kawan baru yang adi kenali sejak mula melakar sejarah menjadi "penulis" blog. Terima kasih buat Ela kerana memberi kepercayaan kepada adi untuk menerima award ini walau ianya hanya sekadar untuk suka-suka.

Ahad, 23 November 2008


Kali ini embun paparkan resipi Kek Lapis Goyang Dangdut. Resipi ni kak seri kat taman sri pulai yang beri tahun lepas. Malangnya embun tak sempat nak mencuba sebagai sajian aidilfitri. Tahun ni pun tak cuba juga pasal adik embun ambil alih tugas buat kek. Inilah hasil kerja embun yang pertama dalam membuat kek lapis ni. Sebelum ini embun tak pernah buat kek lapis, cuma kek kukus biasa saja (plain). Gara-gara melapis, tak tidur embun semalaman kerana ter over excited. Mata embun pulak sporting habis malam tu, langsung tidak menunjukkan tanda2 nak lelap walaupun sering menguap! Syukur alhamdulilah, berjaya juga embun menghabiskan acara lapis-melapis tatkala jam menunjukkan angka 06:00 pagi!!! Ala, embun mula pon akhir juga lebih kurang dalam jam 09:00 malam. Kek Lapis Goyang Dangdut ini merupakan satu lagi variasi kek kukus Sarawak.
Bahan-bahannya : -

10 biji telur ayam
16 oz mentega Golden Churn = 2 buku mentega Golden Churn
1 tin susu manis = 390gm
1 tin tinggi srikaya = 300gm
3 gelas tepung susu = 480gm
1 botol kecil horlick = 1 paket kecil 200gm
pewarna kuning dan cokelat


Cara Membuatnya : -

1.Mentega dipukul dengan telur satu persatu sampai kembang.


2. Masukkan susu manis dan horlick dan kacau biar rata.





Horlick tadi dimasukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan kelajuan sederhana.

3.Setelah rata, masukkan pula srikaya dan tepung susu.





Tepung susu juga dimasukkan sedikit demi sedikit sama seperti proses memasukkan horlick tadi.

Gaulkan adunan sehingga menjadi rata dan sebati.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.



5. Warnakan setiap satu bahagian masing-masingnya dengan pewarna kuning dan cokelat.



6. Alas loyang dengan kertas dan tuangkan mana-mana satu adunan dahulu mengikut sukatan / anggaran sendiri.Masukkan ke dalam pengukus yang air kukusannya sudah mendidih. Kukus sehingga agak masak dan nampak kering di permukaan kek serta sesuai untuk dituangkan adunan seterusnya. (saya kukus lebih kurang dalam 15 - 20 minit untuk setiap lapisan)







Jangan lupa untuk menutup loyang dengan alluminium foil atau alas tudung periuk kukus dengan tuala bersih.



7. Apabila sudah masak, lapiskan dengan lapisan kedua dan begitulah seterusnya sehingga kedua-dua adunan habis.


Jangan lupa juga untuk menambahkan air kukusan. Seeloknya gunakan air panas mendidih supaya proses memanaskan semula air tidak melambatkan proses melapis kek.


Setelah masak, biarkan kek menyejuk dahulu sebelum dikeluarkan dan dipotong. Seeloknya dibungkus dengan alluminum foil dan simpan didalam peti sejuk beberapa ketika sebelum dipotong. Biar tekstur kek agak mengeras sedikit tetapi masih kekal kelembapannya.



CITARASA EMBUN MENITIK

Sabtu, 15 November 2008

Manok Pansuh

Embun nak share jugak kat sini resipi "manok pansuh" ni ngan kawan2 dan sesaper ja yang ingin tahu dengan lebih lanjut apa itu "manok pansuh". Secara ringkasnya, perkataan "manok" dalam bahasa Melayu Sarawak dan bahasa Iban bermaksud ayam, manakala "pansuh" pula istilah bahasa Iban yang membawa maksud masakan yang dimasak di dalam buluh. Embun perhatikan di dalam MYR, banyak entri perkongsian resipi berkenaan sajian ini dipaparkan oleh rakan2 dari negeri Sarawak menggunakan tajuk entri yang agak berlainan walaupun masakan tersebut adalah serupa. Untuk itu, untuk tidak menimbulkan kemusykilan dan kekeliruan kawan2 dari Semenanjung dan Sabah, embun entrikan paparan tersebut disini untuk makluman semua. Sepertimana lazim, setiap orang mempunyai citarasa yang berlainan apabila menyediakan masakan masing2. Kalau dalam masakan manok pansuh ini, ada yang gemar menggunakan daun pucuk ubi kayu, tidak kurang juga yang menggunakan daun pucuk bungkang (istilah dlm bahasa Iban yang merujuk kepada sejenis daun pokok herba yang digunakan di dalam masakan terutamanya masakan ayam, daging, udang, ikan dll), ada pula yang menggunakan tepus dan bunga kantan. Ringkasnya memasak ni tidak terhad kepada penggunaan satu2 jenis bahan sahaja, terpulang kepada daya kreativiti kita utk menyediakan masakan yang menepati citarasa masing2 dan kesesuaiannya.
Resipi Manok Pansuh Versi fara bie

Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam
satu ikat pucuk ubi kayu
buluh sederhana besar.(kalau yg kecil tu boleh guna 2 ruas)
3 batang serai(diketuk)
3 ulas bwg putih & 5 ulas bwg merah(ditumbuk)
2 inci halia(dihiris)
garam dan ajinomoto secukup rasa
boleh ditambah dengan umbut lengkuas

Cara Menyediakannya :-

Potong ayam sederhana besar dan cuci bersih.(jgn terlalu besar nanti x muat
masuk dalam buluh).Perap ayam dengan bawang, halia, serai, garam dan aji selama 3 minit.Ambil pucuk ubi yang masih muda, cuci dan ramas menggunakan garam kira2 1/4 sudu teh.Gaulkan daun ubi yang telah diramas sederhana lumat dengan ayam yang telah diperap tadi.Cuci buluh terlebih dahulu kemudian masukkan ayam dan daun ubi yang telah digaul.Bakar buluh yang telah diisi ayam menggunakan api kayu (seperti membakar lemang).Setelah ayam mendidih, bakar lagi selama 30 minit.
Apabila telah masak, tuangkan ayam kedalam mangkuk yang sederhana besar dan boleh
dihidang.

Resipi Manok Pansuh Versi Indai Aim

Bahan-bahannya :-

1 ekor ayam - dipotong
2 btg serai - dihiris
6 ulas bwg putih - ditumbuk
4 ulas bwg merah - ditumbuk
3 buku halia saiz besar - ditumbuk
1 kuntum bunga kantan - dihiris
1 ikat pucuk ubikayu - digosok2 sekejap dgn tapak tangan dan dibersihkan serta
ditoskan airnya.
garam
serbuk perasa

Cara Menyediakannya :-

Tos ayam yang telah dipotong tadi.Gaul ayam dengan bahan tumbuk.
Masukkkan serai,bunga kantan,garam dan serbuk perasa dan gaul rata.Perap
seketika lebih kurang 20 minit.Masukkan ayam ke dalam buluh yang sudah dibersihkan diselang-selikan dgn pucuk ubi.(Semasa mengisi ayam tadi,hentakkan buluh tu sedikit2 supaya ketulan ayam turun ke dasar buluh dan jangan diisi terlampau penuh).Tuangkan sedikit air bersama air perapan ayam tadi ke dlm buluh dan tutup mulut buluh dgn pucuk ubi yang dikepal atau daun pisang yang telah disimpul.Bakarlah selama lebih kurang satu jam menggunakan kayu api atau arang. (boleh juga gunakan dapur gas)

*Bagi yang menggemari rasa pedas boleh masukan sekali hirisan cili.

Resipi Manok Pansuh Versi Merak Emas

Bahan-bahannya :-

Seruas buluh lemang
1/2 ekor ayam dipotong 10
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Sebiji cili besar
2 sudu tempoyak (kalau suka)
Garam
Sedikit serbuk perasa
Secekal pucuk ubi diramas.
1/2 cawan air

Cara Menyediakannya :-

Sediakan bara api (Seperti membakar lemang).Bersihkan buluh.Bawang putih dan bawang merah ditumbuk lumat.Bersihkan ayam.Gaul ayam dengan cili besar, bawang putih, bawang merah, garam, serbuk perasa dan pucuk ubi.Pastikan rasa garamnya bersesuaian dengan selera anda.Masukkan bahan yang telah digaul tadi ke dalam buluh.Jangan hentak buluh.Masukkan air.Tutup muncung buluh dengan sekepal pucuk ubi.Bakarlah di atas bara api seperti mana kita membakar lemang.Bakarlah sehingga masak.Pucuk ubi yang dijadikan penutup buluh tadi boleh dijadikan ulam atau dimakan bersama Manok Pansuh.

daun bungkang
sumber : miraculous musings

membakar manok pansuh
sumber : matsukarmi a.k.a mie

dah masak ...
sumber : ct ayusafura muzamil

Untuk paparan serba lengkap boleh melayari laman ini atau gambar2 menarik disini.

Award ni AlongRoz yang bagi - terima kasih along kerana sudi bagi embun award ni. Embun rasa ini award yang pertama embun dapat dari kengkawan sejak menjadi blogger ni. Terima kasih lagi sekali along.
Sepertimana lazim embun pun nak panjangkan juga pemberian award ini istimewa buat kengkawan seperti berikut, sebagai tanda ingatan yang tulus ikhlas dari embun dan ikatan persahabatan yang penuh kemesraan yang abadi selalu.

1. Na
2. zanie
3. zira
4. kak dee
5. ctmaryam
6. kasih latifah
7. kak zai

Jumaat, 14 November 2008

Buah Dabai

Kesian dengan kawan2 embun dalam MYR yang masih tidak mengenali bagaimana kah rupa bentuk buah tropika (yang dijadikan lauk) ini. Untuk itu, embun paparkan artikel beserta gambar2 berkenaan buah tersebut sebagai info khusus kepada kawan2 yang berada di Semenanjung. Kami di Kepulauan Borneo rasanya sudah maklum sangat akan buah istimewa ini.
... gambar buah dabai yang dijual di pasar2
gambar dari : perpekstif menjana minda dan bittersweetsour

Di Sarawak sekarang, jikalau anda singgah ke pasar basah untuk membeli barang keperluan dapur, anda akan terlihat satu buah yang sebesar ibu jari berwarna hitam. Buahnya dikenali buah ‘dabai’. Kebiasaannya, buah dabai amat terkenal dan senang untuk diperolehi di kawasan pertengahan Sarawak iaitu Sibu dan Sarikei. Ternyata, buah ini menjadi favourite dan tidak asing kepada masyarakat Sarawak. Ini membuatkan ia sentiasa mendapat sambutan oleh penggemarnya sehingga ada yang sanggup membeli sampai berkilo-kilo.

Mengikut sumber yang tak sahih, buah dabai hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Brunei sahaja. Dalam bahasa saintifik, buah ini dipanggil sebagai Canarium odontophyllum. Bagi yang tidak biasa, buahnya tidak boleh dimakan begitu sahaja. Sebaliknya, ada cara tertentu untuk membolehkan ia enak dimakan. Ketika buah dabai masih muda, ia kelihatan putih pada luarannya dan kemudian bertukar menjadi hitam apabila ia sudah masak. Isinya pula berwarna kuning. Bijinya pula berbentuk seperti bola ragbi tetapi bersegi tiga.

Bagaimana untuk menyediakan buah dabai.? Ia mengikut kreativiti penggemar masing-masing. Namun, kebiasaannya buah dabai direndam terlebih dahulu dengan air panas sehingga buahnya menjadi lembut. Kemudian, air panas dibuang. Seterusnya, ia sudah sedia untuk dimakan dengan bertemankan kicap ataupun garam. Mengikut penggemarnya, buah dabai terasa lemak untuk dimakan. Ini yang menyebabkan ia amat sedap untuk dimakan bersama nasi yang masih panas-panas. Selamat Mencuba...

artikel dari : perpekstif menjana minda
... gambar 1

You cannot eat the fruit off the tree just like that. Dabai fruits are white in color when it is not ripe and turns into blue-black when it is ripe. The flesh inside is yellow and it has a three angled seed.

So, how to prepare the fruit? You will need to soak them in hot water until the flesh softens. After that, add some soy sauce or salt or sugar depending on individual preferences. Normally, I would eat it with soy sauce + sugar or only soy sauce.

Not only the skin and flesh is edible but the kernel (insides of the seed) is edible. You will have to chop the seed into half then use a toothpick or something to dig the white edible thingy.More pictures ...
... gambar 2

... gambar 3

... gambar 4

... gambar 5

... gambar 6

... gambar 7

... gambar 8

... gambar 9

... gambar 10

sumber : artikel dan gambar ( 1 hingga 10 ) dari BenardCometh Revelations

ADDITIONAL INFO :

Canarium odontophyllum (common name, Dabai) is a species of Canarium which is a delicious and nutritious fruit which tastes something like avocado. The skin and flesh are edible after soaking in warm water. The fruit contains protein, fat and carbohydrate, thereby making it an ideal food. It has been introduced from Borneo to Queensland, Australia. In addition to food for humans, this plant's fruit may be eaten by certain lemurs such as the Red-bellied Lemur in Madagascar's eastern rainforests.

* Anda boleh juga mendapat paparan menarik disini

Khamis, 13 November 2008

Nusyus, isteri derhaka dan tidak cium bau syurga antara ancaman sering dilemparkan suami bagi menghukum isteri. Mudah benar si suami melafazkan kata-kata yang kadang-kadang mereka sendiri tidak tahu maksudnya. Bercakap mengikut hati tanpa mengambil kira perasaan isteri.Hakikatnya, mana ada isteri yang tidak sayang suami. Jika kena cara didikan, bidadari pun sanggup isteri berikan. Namun, keluh-kesah isteri tidak pernah berkesudahan.Apa yang disenaraikan hanya sebahagian kejadian yang pernah kita dengar daripada ibu, kakak, emak saudara, kawan-kawan atau jiran tetangga.


1.Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi asyik fikir mana nak bulab madu. Nak buat teknik
macam-macam. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.
2.Kami terpaksa tangguhkan perkahwinan sebab tunang saya sibuk dengan kerja dan tak ada masa nak belajar baca al-Fatihah, hafaz rukun sembahyang dan niat puasa.
3.Malam pertama saya berendam air mata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibu bapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai ke subuh tak pulang. Kami bercerai tiga bulan kemudian.
4.Selepas tiga bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang beretugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya geledah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah sengan kekasihnya.Saya lari balik semenanjung. Dia tidak pernah pujuk. Lepas pantang, saya terima surat cerai. Dia tidak pernah mahu tahu macamana rupa anaknya.
5.Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pon duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
6.Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi belum pernah sekalipun dia mahu bangun malam buatkan susu anak atau tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
7.Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga.Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
8.Mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi, dia tidak pernah sekalipun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.
9.Walapun sudah lama masuk Islam, suami saya masih nak makan "daging" itu, terutama jika balik ke rumah emaknya.
10.Suami tetap "mahu" walapun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
11.Saya dipukul suami ketika mengandungkan anak kedua kerana saya tidak mahu berikan dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
12.Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap-tiap malam dan suka liwat saya.
13.Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnyua, merambu dengan kawan-kawan macam orang muda sampai tergadai Maghrib dengan Isyak. Tinggallah saya di rmuah seorang diri terkial-kial menguruskan anak.
14.Bagi saya, perkahwinan lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan-kawan apabila isteri hamil,dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap hari bulan berendam air mata.
15.Bab duit ringgit saya tak nafikan, suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.
16.Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu "isteri" sekarang "pengurus anak-anak". Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap perkara penting sahaja. Hubungan seks hanya dua, tiga bulan sekali. Itu pun saya yang "terhegeh-hegeh". Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.
17.Suami saya konduktor bas, saya lulusan universiti. Alamatnya, semua perbelanjaan keluarga saya tanggung. Duit gajinya cukup untuk belanja saya tengok wayang saja.
18.Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. Anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
19.Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanja untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Mekah yang dia bayarkan tiga tahun dahulu masih terus diungkit setiap kali bergaduh.
20.Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu sebagai zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9 peratus muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus memfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
21.Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.
22.Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks seama jenis.
23.Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan pondan.
24.Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya. Rupa-rupanya dahulu dia pondan dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.
25.Siapa tidak sayang emak. Tetapi saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok bergadai semata-mata mahu penuhi hajat emaknya yang berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak-anak.
26.Suami tetap mau saya masak macam biasa, hubungan seks dua, tiga kali seminggu dan rumah tidak boleh bersepah walaupun saya sarat mengandung.
27.Setiap kali mengandung, pandai-pandailah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak melahirkan, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Kalau nasib bagus, suami jemput, kalau tidak pandai-pandailah saya balik rumah dengan anak.
28.Memang hati saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati-hati sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.
29.Kalau anak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata "tak ada duit". Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan sahaja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana "lemaknya".
30.Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga", siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
31.Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka satu hingga sepuluh, letak di dalam mangkuk buat cabutan. Lepas tu kalau ada nombor yang mengena, dua tiga hari dia tak pergi menoreh.
32.Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti selepas kahwin. Tetapi, rupa-rupanya lebih teruk. Tak cukup gaji, barangk kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa. Pernah rumah kami dibaling tahi.
33.Tiga empat bulan suami "hilang" itu perkara biasa. Kadang-kadang sampai setahun.Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti.Biasanya dia kena serkup waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawannya.
34.Anak ketiga kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang ada tanda-tanda HIV.
35.Dulu hidup kami senang juga. Tetapi selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak-anak.
36.Rumah kami tunggu masa nak roboh saja. Anak makan kalau ada orang sedekah. Nak harap suami, asyik sibuk ikut tabligh.
37.Sejak berniaga, suami gila karaoke.Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina disitu. Sekarang, perniagaannya lingkup dan dia ikut perempuan Filipina tu balik negaranya. Dengar khabar, dah dapat anak luar nikah pun.
38.Emak saudara saya gila meroyan sebab suaminya tak ada kerja tetap. Asal anak lahir saja, dia jual. Setakat ini dah tiga orang. Seorang anaknya tak dapat dijual sebab terencat akal. Jadi emak saya bela.
39.Kalau betul seronok beristeri muda, mengapa mesti nak bandingkan-bandingkan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakiti hati saya selama ini?
40.Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja, mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam-macam jenis tangkal keliling rumah. Pantang dengar ada tempat keramat, mesti dia nak pergi "bersangkak".
41.Ketika bapa meninggal dunia dahulu, baru kami tahu dia ada tiga isteri lain dan anak masih kecil. Rupa-rupanya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata-rata tempat. Emak tidak ambil peduli asal arwah tidak mengganggu hidupnya.
42.Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri dua tiga orang. Kekasih keliling pinggang. Anak ramai.Tetapi, selepas pencen dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anaknya lenyap.Akhirnya, dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya diuruskan abang saya dan pihak hospital.
43.Kata emak, ayah cukup gemar berhutang dengan ceti. Biasanya dia akan curi kad pengenalan emak untuk isi borang penjamin. Emak yang tidak tahu-menahu pasti melenting apabila dapat surat saman. Pernah juga emak naik mahkamah sebab ayah tak bayar hutang. Tetapi, ayah tak pernah serik dan teruskan tabiatnya itu.
44.Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah habis dibaling barang-barang rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
45.Puas saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. Mula-mula cuma hamper. Kemudian barang kemas. Akhir sekali, duit berpuluh-puluh ribu. Aapabila dia kena cekup polis, saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

sumber : majalah Jelita keluaran April 2001, ms106/107 tulisan zurilawati ku zaifah

Selasa, 11 November 2008

Satu lagi resipi kek kukus Sarawak yang menjadi feveret. Rasanya manis (trademark kek dari Sarawak), moist sangat dan masa mengukus yang agak lama (satu lagi trademark kek kukus Sarawak). Pasal nama tu, tak pasti lah pulak dari mana datangnya, mungkin sempena nama orang yang mencipta resipi kek ini.

Bahan-bahannya : -

10 biji telur ayam
16 oz mentega golden churn
1 tin besar srikaya
1 tin susu pekat manis (390 gm)
* susu manis tin kecil ni kalau di semenanjung boleh didapati di kedai 7 Eleven
1 botol kecil horlick (gunakan 1 paket kecil 200gm)
2 sudu teh serbuk koko
2 gelas gula (lebih kurang 320 gm)
2 gelas tepung gandum / tepung hong kong
1 botol kecil browning sugar (optional - sekadar untuk pekatkan warna kek)

Cara Membuatnya : -

Pukul telur dengan gula hingga kembang.Mentega dengan susu pekat manis dipukul di tempat lain hingga sebati dan kemudian disatukan dengan adunan telur tadi. Pukul lagi sehingga adunan rata.Masukkan browning, serbuk koko, horlick, srikaya dan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan sehingga sebati.Kukus sehingga masak di dalam loyang yang sudah di alas dengan kertas. Masamengukus lebih kurang 4 - 5 jam atau apabila kertas sudah renggang dari loyang.

*Kek ini semasa mengukus akan naik tetapi apabila sudah masak dan sejuk, akan turun sedikit dan nampak kering berbanding semasa mula2 dikeluarkan dari pengukus(kelihatan basah).
*Potong / hiris apabila kek sudah sejuk dan bakinya dibungkus dengan alluminium foil dan simpan di dalam fridge untuk tahan lebih lama.
jenis susu yg boleh digunakan, asalkan susu pekat manis je. cuma kat semenanjung takde jual susu manis tin yg rendah tu. kalau kat jb ni leh kata satu jb dah embun pusing keliling carikan susu manis tin rendah mcm tu, tp takder lah pulak. cuma kat kedai 7e je embun terjumpa benda alah ni!
gambar gelas yang biasa embun gunakan untuk sukat menyukat berapa byk gula / tepung yg diperlukan yang jumlahnya kalau ikut timbangan gram = 160gm (satu gelas). ni bahagian hadapan gelas
ni pulak, bahagian bawah gelas yang ada struktur bulat2, kononnya embun nak bgtau sesaper yg ada gelas yang mcm tu leh gunakan utk sukatan bahan2. embun harap sume jelas ek. huhuhuhu


EMBUN SOK SEK

Embun ni duduk bujang dengan kazen embun, jadi kalau sekadar nak masak sejenis dua tu untuk embun muatkan sebagai entri terbaru / terkini embun sememangnya amat tidak berbaloi. jadi setiap kali masak embun snap dulu gambar2 menu kegemaran embun. bila dah rasa memadai untuk embun entrikan sebagai paparan terbaru, maka embun mula lah compose / edit entri2 tu disini. inilah gambar2 menu kegemaran embun, simple dan sempoi dan tak vogue pon, ala citarasa orang bujang, dari dapur orang bujang! Kalau muda2 dulu leh gak embun ni vogue2 (biasanya vogue tu istilah utk org pompuan jer, kalau yg jantan nyer disebut metroseksual) - entah betul ke tidak apa yang embun repekkan ni.

PEKASAM GORENG PUCUK UBI

Feveret embun time makan, biar takda lauk lain memadailah dengan pekasam goreng pucuk ubi ni. Makan dengan nasi beras huma (orang Sarawak panggil beras baru) yang panas2, fuyooh! Kalau nak tahu pekasam ni embun buat sendiri. Tak tau lak embun kalau kat semenanjung dipanggil apa - mungkin jeruk kot. Insyallah dalam entri akan datang, embun selitkan bagaimana nak hasilkan pekasam ni. Orang2 muda dan tak biasa makan makanan kampung mungkin first time dengar dan lihat ye.

IKAN BAKAR @ IKAN TUNOK

Lamanyer embun tak makan ikan bakar ni, tak kisahlah ikan apa pon. Embun ni jenis yang tak memilih sangat bab makan ni, janji HALAL. Embun ni hantu ikan tapi lebih kepada ikan goreng sahaja. (kalau dihidang untuk diratah ja (orang Sarawak sebut "di anyang") sebesen ikan goreng pon embun leh habiskan! Ngeri kan? Kalau kat kampung emak biasanya bungkus / balut dengan daun pisang sebelum dibakar. Pokok pisang mudah sangat dapat, kat tepi2 umah ke, belakang umah pon ada gak. Tp kat sini (jb), payah nyer nak dapat maklum duduk menyewa kat apartment mana ader sume tu, kalau setakat nak beli kat paso pon tak seswailah pulak dengan jumlah ikan yang nak dibakar tu. Daun pisang ni bukannye leh beli sket2 kerana biasanye dijual dalam gulungan yang banyak no. So how lor, embun bakar je dalam oven lepas siap diperap sekejap dengan bahan2 pilihan embun (biasanye embun tumbukkan bawang merah dan putih, halia, kunyit, serai, asam jawa sket dan sedikit garlic spread, termasuk sedikit garam dan msg sebagai pelengkap rasa.) Bab bakar lak embun guna suhu 250 darjah selama 15 - 20 minit, menggunakan api atas dan bawah.

CICAH IKAN TUNOK

Ni embun wat cicah untuk ikan bakar, simple jugak ikut taste embun - kicap manis, bawang putih yang ditumbuk dengan cili padi, garam dan msg.


CANGKOK MANIS / PUCUK MANIS & LABU KUNING

Lauk ni pon feveret embun gak pucuk manis ( orang Sarawak panggil "cangkok manis") digoreng dengan labu kuning. Perkataan "digoreng" tu kalau di Sarawak biasanya merujuk kepada lauk pauk yang digoreng dengan jumlah minyak yang banyak sbg cthnya ikan, ayam dll. Ketika mula2 sampai ke jb dulu, embun garu kepala jugak kenapa lah kakak2 kat sini asyik goreng sayur2 dia orang. Lama kelamaan baru embun faham dengan apa yang dimaksudkan. Di Sarawak, lazimnya kita sebut "tumis" sahaja, tak kira lah lauk apa cthnya tumis kering pucuk ubi dengan udang kering, tumis belacan kacang panjang, tumis halia dengan ikan bilis dsbgnya. Pucuk manis dengan labu kuning ni pon leh ditumis kering juga, maksudnya tak perlu bubuh air banyak, yang nampak berkuah macam dalam gambo tu, saja embun buh air sebab nak hirup kuahnya yang manis tu. Well, cooking as a matter of fact is no longer about ingredients, flavouring, colouring etc but also based on our creativity! Amboi3 (Azwan, cek pinjam sat no, hang punya skrip!) embun ni over reacting lak cakap omputih ni. ahaks ...

SAYUR LEMBAYUNG DENGAN UDANG

Yang ini pon sayur kegemaran embun. Actually tak tau nak panggil apa kalau kat sini. Kalau kat Sarawak pon embun tak tau apekah namanye sayur ni! hihihihi. Embun biasa makan sayur ni kat kampung pasal emak ada tanam kat belakang umah. Tak penah terlintas lak nak tanyaemak nama sayur ni, tau2 ngap aja. Sayur ni jenis yang menjalar. Ari tu ke paso dengan kak mah (kakak angkat embun), belilah 2 ikat sayur ni. Menurut kak mah ni sayur lembayung tp mengikut kazen, dia penah ternampak sayur ni dijual kat paso len, dengan nama lain (siap dilabel dengan nama sekali kau) ada something . . . mcm perkataan "raja" kat ujungnya. Whatever lah, janji embun suka makan. Sayur ni embun tak siang daun nya kecik2, embun main patah2 kan saja (petik daun dan batangnya yang lembut dengan jari). Embun rendam seketika, cuci bersih dan toskan. Ni pon embun tumiskan kering campur udang. Rupanya sayur ni mengeluarkan sedikit lendir apabila dimasak dan berair. Embun tak perlu buh air lagi dan masaknye cukup simple jugak iaitu tumiskan bawang merah dan putih beserta cili, masukkan udang, balik2 kan, masukkan kiub pati ayam maggi seketul, kacau sebentar, masukkan sayur dan balik2 kan seketika dan angkat. Takyah lamer sangat menumis / menggoreng sayur mayur ni, tak sodap laie kalau sayur tu layu kan?

IKAN GORENG

Ikan lagi ...? tapi ini ikan goreng maah. sure my favourite punye. Syukurlah kazen tu tak makan ikan sangat, embun apalagi lepas satu satu dilapah daging ikan goreng ni untuk di ngap. Embun kalau makan ikan goreng takyah cicah2 punye, makan gitu je - tak hanyir arr pasal sebelum menggoreng tu dah dilumur dahulu ikan tu dengan bahan2 yang seswai. Bahan2 yang seswai?
Ha ah, takkan lumur dengan clorox kot!!!! huhuhuhu


ASAM PEDAS IKAN

Ikan lagi ...? Ha ah, ni embun masakkan asam pedas. Asam pedas yang main campak2 ja, betul2 campak nyer. Kak mah bilang kalau masak gini namanya "masak singgang". Ni ikan kembung baki yang goreng ari tu. Embun tak guna minyak masak, cuma buh air dalam periuk, campakkan hirisan cili merah, kunyit, bawang merah dan putih, ketulan halia yang sudah dikikiskan kulit dan toreh2 kan isinya dengan pisau, seketul kiub pati ayam maggi. Biar mendidih dan masukkan ikan yang sudah siap disiang dan dibersihkan segala isi perutnya! Renehkan hingga agak mendidih dan sesuaikan rasa sebelum diangkat.

LOKAN TUMIS KERING

Lokan tumis kering. Beli lokan ni time ke paso dengan kak mah tu ari. Memang banyaklah shopping kat paso tu. Bila tengok ja lokan, terus terliur embun dengan keenakkan dan kelazatannya. Tp yang orang sini jual dah siap rebus dan kopek! Kalau kat Sarawak dijual dengan cangkerangnya sekali. Takpalah, mengidam punya pasal beli dan masak ja. Dan hasilnya sungguh menyelerakan tekak embun, pon ditumis kering dengan bawang putih dan merah, hirisan cili merah dan kibu ayam maggi. apabila dah siap, angkat dan masukkan ke dalam bekas / mangkuk dan taburkan hirisan daun bawang di atasnya.

SOTONG GORENG KUNYIT

Sotong tumis kunyit ni one of embun's favourite. takyah makan ngan nasi, ratah gitu ja pon sedap. saja tak potong kecil dan masak besor2 gitu lagi sedap, yang penting harus dibersihkan kulit dan bahagian dalam sotong.

TERUNG PANJANG GORENG IKAN BILIS & TELUR

Sayur terung panjang goreng ikan bilis dengan telur. Masa embun gi umah kakak angkat tu (kak mah), bibiknya sediakan lauk ni untuk makan malam. Kalau embun, sebelum ni tak penah lak siangkan kulit terug panjang ni. Terkedu jugak embun tatkala pertama kali melihat terung panjang ni ditelanjangkan oleh bibiknya kak mah (nama bibiknya pon unik gitu - LILIK BUJIK ASTUTIK). Ermmm, sedap jugak bila dimasak begini. (tambahan embun tak reti nak mengomen sedap ke tidak - embun ni ngap ja)!

LOKAN GORENG KICAP

Ini juga masakan bibik - lokan juga lagi. Hari tu kan sama2 beli ngan kak mah embun. Cuma bedanya, lauk ni ditambah kicap - Lokan goreng kicap.

SAMBAL TUMIS KUPANG

Sambal goreng kupang. Ini embun adaptasi dari cara masakan bibik dimana kupang digoreng bersama tempe, carrot, daun bawang. Bahan yang ditumis ialah bawang besar, putih dan cili merah yang dihiris. Agak wierd jugak rasanya tetapi sekadar sebagai variasi kepada masakan kupang.

BENDI GORENG

Embun suka sangat makan bendi goreng ni, malangnya leceh sket bagi embun nak sediakan maklumlah sayur ni jenis berlendir. Kena cuci dulu sebelum dipotong, pas tu biar kering dulu. Biasanya kalau tak larat nak tunggu air cucian ditoskan, embun sanggup lak keringkan bendi dengan tuala. Masaknya pulak mudah dan ringkas. Terpulanglah pada keadaan, kalau rajin, biasanya tambahkan udang ke atau paling tidak pon hirisan fish cake.

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Penat duduk umah, embun ngan kazen ngajak kak mah gi jalan-jalan sambil minum2 dan makan2, tapi kebiasaannya pada hujung minggu sahaja. Kat jb ni banyak sangat tempat nak pegi makan2 / minum2. Actually selalu gak kuar makan2 / minum2 ni tapi tak penah lak nak snap gambo. Tetiba je, la ni baru nak tangkap gambo menu kegemaran masing2.

JUS EPAL

KAROT SUSU SUAM

SIRAP OREN

NESCAFE TARIK

CENDOL PULUT

CENDOL KACANG MERAH

MEE SUP

TOM YAM CAMPUR