Ahad, 21 September 2008
Ini kad raya kiriman zira. terima kasih zira coz kirimkan kad utk embun. embun pon nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin buat zira seisi keluarga.
Label: kad raya
Sabtu, 20 September 2008
Ingatkan embun dah malas nak masak tapi oleh kerana dah minat, rasa kekok pulak kalau tak main masak2 nih. huhuhu. Lagipun lambaian kampung halaman semakin kuat menyebabkan embun dah tak ada mood nak masak. Kalau masak pon yang ringkas2 ja seperti telur goreng, ikan bilis goreng dengan kacang tanah goreng! Nak lagi ringkas - mee segera!!!
Dua tiga hari lepas gatal rasa tangan ni nak pegang kuali, senduk, ladle, pisau dan sebagainya lagi kat dapur tu, walhal banyak barang dapur dan peralatan memasak dah disimpan dalam kabinet, maklum nak pulang beraya ke kampung. Dan lepas tu amik gambar main tangkap muat ja, tak bubuh dalam pinggan yang lawa sikit. :-), tapi sumbat ja dalam container,tapi itulah namanya orang bujang! Biar ringkas janji perut kenyang. huhuhu. Tapi ringkas2 pon, berat jugak menyediakan bahan memasak pasal embun ni cerewet kalau nak masak. kena ada tu, ada ini kecuali dah emergency dan darurat sangat, baru guna pakai kreativiti!!!
ni kari telur goreng (telur direbus dan digoreng). Simpanan telur masih banyak sebab hari tu ingat nak buat kek untuk dibawa balik ke Sarawak tapi tak jadi.
ni lak tauhu goreng untuk dicicah dengan sambal kacang kat bawah tu. hai embun ni mengidam yang pelik2 sejak dua menjak ni.Tu yang emak kat sarawak selalu cakap macam perempuan mengidam yang hamil 3 bulan!
hari tu siap telefon mak kat sarawak macamana nak buat sambal kacang ni,sedap kalau makan dengan tauhu goreng tu.
kari telur lagi ... ni telur yang direbus saja. tak guna santan sebab santan packet tak ada dalam stok embun, (embun lebih suka gunakan santan packet/segera) lagipun leceh nak perah santan kalau guna santan kelapa segar. Ada susu ideal dalam kabinet terus bubuh dalam kari ni. Memang lemak habis siap taruk kerisek lagi!
salah satu daripada lauk kegemaran embun, ringkas ja nak masak.
hari tu mengidam lagi nak makan daging, beli sket je utk makan 2 orang tapi masih berbaki dan buat makan time sahur.ringkas ja, takyah ikut mana2 resipi. ikut resipi hati ja. huhuhu.
tapi bahan asas kena ada, even rempah tumis pon siap campak lagi.
dibuat upon request! hehe, kazen lak mengidam nak makan sambal kentang ni. embun rebus dulu separuh masak pas tu goreng garing. boleh tahan ...
ni menu yang bagus untuk kesihatan lelaki. embun makan ratah ja biasanya. saja makan ulam dengan timun dan tuang sedikit kicap masin atau lemak manis.
Label: dapur orang bujang
Beberapa hari lalu, menerima homework daripada zira. kenalah jugak embun isikan data2 yang dikehendaki itu. Mulanya segan nak postkan homework ni, sebab embun ingat nak privacy kan sedikit latar belakang embun dari tatapan umum. Tapi kengkawan punya pasal, embun tak kisah dan embun tak nak lak hipokrit seketika. Tapi harap2 selepas ni tak da lagi soalan cepu emas yang perlu embun jawab. Itupun sebagai pengenalan diri serba ringkas daripada embun untuk kengkawan yang sudi berkenalan dan berkawan dengan embun.
1. Nama timangan : -
~~ Adik beradik semua panggil ABANG DEE ja kat umah..mak ngan abah
pulak panggil DEE je, anak sedara lak panggil ANJANG.
~~ Kengkawan pulak panggil ADI atau CIKGU ADI.
2. Saya seorang yang : -
~~ Mudah terasa,sensitif la kot.
~~ Mudah mengalirkan air mata dan hobi buat taik mata! kih! kih! kih!
~~ Mudah kesian, mudah sayang ngan orang.
~~ Suka berkawan, agak pendiam bila baru kenal tapi peramah dan
mesra bila dah kenal
~~ Muka nampak ja serius, tapi baik hati.
3. Insan2 teristimewa : -
~~ KELUARGA
~~ Kawan² yang begitu memahami diri ini
4. Makanan : -
~~ Suka makanan yang sederhana pedas² . . . makanan jenis kampung,
ulam2an, pucuk2, (sebenarnya tak memilih bila bab makan)
5. Favourite colour : -
~~ oren, hijau lumut, biru firus, maroon, lilac, purple gelap
6. Favourite song : -
~~ addicted mostly to jazz, melayu asli, irama malaysia dan klasik
7. Benda yg membuat anda stress : -
~~ Bila fikir kisah2 lampau yang melukakan
~~ Bila orang buat2 baik depan kita tapi di belakang mengutuk
8. 3 benda dalam wallet : -
~~ peribadi
9. Kali terakhir menangis beriya-iya : -
~~ Tak ingat sebab selalu menangis!
JAMBANGAN BUNGA MAWAR PUTIH NI EMBUN MUATKAN LAGI DISINI UNTUK KENGKAWAN (WANITA SAHAJA) YANG BARU DIKENALI. KENGKAWAN LELAKI TU RASANYA TAKYAH AMIK AR BUNGA NI TAPI KALAU SUDI APALAH SALAH KIRANYA SEBAGAI TANDA PERKENALAN DAN PERSAHABATAN ANTARA KITA. KENGKAWAN YANG BARU MENGUNJUNGI LAMAN EMBUN NI LEH AMIK DAN BAWA BALIK EK. TOKSAH MALU2
Khamis, 18 September 2008
Al-Quran Mengubat Jiwa
Oleh ZUARIDA MOHYIN
DIAM tidak diam, sudah lebih dua minggu umat Islam berpuasa. Malah pada hari ini, umat Islam sedang dalam suasana memperingati hari turunnya al-Quran atau dipanggil Nuzul Quran.
RAMADAN merupakan bulan yang digalakkan umat Islam memperbanyakkan membaca al-Quran.
Kelaziman di Malaysia, hari ini diraikan dengan pengisytiharannya sebagai cuti umum di beberapa negeri serta penganjuran program-program ceramah di sana sini.
Hakikatnya, adakah cara ini sudah memadai sebagai peringatan bagi kaum Muslimin agar memperingati salah satu peristiwa besar dalam sejarah Islam serta kewajipan umat Islam kini kembali untuk mempelajari, memahami dan mengkaji isi kandungan al-Quran?
Ini kerana, al-Quran diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW bukan sekadar sebuah kitab tetapi untuk menjadi pedoman hidup atau petunjuk (hidayah) bagi umat manusia, memberi rahmat, syifa', ketenangan, peringatan, penjelasan, sekali gus sebagai mukjizat atas kenabian Muhammad SAW.
Sebagaimana yang ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk dan perbezaan (antara yang benar dan yang batil)..." (al-Baqarah: 185)
Oleh itu, seharusnya peringatan Nuzul al-Quran menjadi momentum bagi umat Islam untuk menilai kembali sejauh mana mereka memahami dan menghayati kandungan al-Quran. Apatah lagi dalam kita melayari Ramadan mulia ini.
Allah berfirman yang bermaksud: Kitab suci ini diturunkan untuk memberi keputusan (jalan keluar) terbaik bagi masalah-masalah kehidupan manusia (al-Baqarah: 213).
Peristiwa penurunan pertama al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW ketika berkhalwat di Gua Hira' pada malam Jumaat bertepatan 17 Ramadan iaitu tahun ke-41 dari kelahiran Baginda sentiasa dijadikan pemangkin semangat kepada pemuda mualaf kelahiran Perkampungan Muramvya, Burundi, Afrika, Hilali Sibomana, 30, dalam usaha beliau menguasai dan menyelidik ilmu al-Quran.
Beliau berkata, surah al-Alaq yang bermula dengan suruhan yang bermaksud: "Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan"... adalah bukti paling jelas dan sahih tentang kepentingan pencarian ilmu itu. Sayangnya, umat Islam memandang remeh akan penekanan ke atas ayat ini.
"Saya mengenali al-Quran sejak usia kanak-kanak lagi. Ini kerana dilahir dan dibesarkan dalam kelompok mubaligh Kristian, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk menguasai bukan sahaja kitab Injil tetapi juga al-Quran.
"Pada peringkat awal, memang pembelajaran saya semata-mata demi mencari kelemahan al-Quran untuk mudah berhujah bila berhadapan dengan umat Islam.
"Tetapi semakin saya mendalami kitab suci ini, semakin saya meyakini dan akhirnya, mengakui kebenaran agama Islam," cerita pemuda ini yang reda bergelar pelarian politik di bawah Suruhanjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) demi mempertahankan akidah Islamnya.
Anak tunggal ini turut kehilangan ibu bapa tercinta hanya kerana pengislaman diri kira-kira lima tahun lalu. Pun begitu, beliau tidak pernah menyalahkan takdir Ilahi ini kerana lebih takutkan pembalasan Allah SWT kelak berbanding ancaman atau ugutan manusia.
Mengakui dirinya agak bertuah kerana tidak menghadapi masalah dalam mempelajari al-Quran hasil didikan awal yang diterima dahulu. Pun begitu, Hilali tidak sekali-kali menganggap pencapaiannya itu sudah dikira baik.
Lantaran itu, dari semasa ke semasa beliau belajar memperbaiki mutu bacaan, tajwid dan kefahaman menerusi cakera padat dan kaset. Malah beliau menjadikan kebiasaan membaca al-Quran kemudian diselikan dengan melihat kepada terjemahan daripada kitab tafsir.
Dalam sesi fotografi yang dilakukan di sebuah masjid di Taman Melawati, Kuala Lumpur, baru-baru ini turut disertai dua rakan mualaf kelahiran Tawau dan Kota Kinabalu, Sabah iaitu Joannes Lukas, 29, dan Muhd. Assamarqandi Lee Abdullah, 28.
Sebagaimana hidayah yang Allah SWT suntikkan dalam jiwa Hilali, begitu jugalah sama yang dialami Joannes dan Assamarqandi iaitu membuat perbandingan di antara al-Quran dengan kitab Injil serta penjelasan tentang konsep ketuhanan di dalam agama Islam.
Kata Muhd. Assamarqandi lagi, pembelajaran al-Quran diikutinya secara sepenuh masa di Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), Kelantan dari 2005 hingga 2007.
Alhamdulillah, katanya, tiada halangan ketika belajar. Cuma selepas berkahwin dan mendapat cahaya mata, beliau terpaksa memilih sama ada untuk meneruskan pelajaran atau bekerja? Jadi, pada masa itu, beliau memilih untuk berkerja demi mencari nafkah keluarga.
"Malah saya benar-benar bersyukur kerana dengan sentiasa mendekatkan diri kepada al-Quran serta istiqamah dalam pengamalannya, ia telah berjaya menyingkirkan segala kekotoran jiwa yang melekat dalam lubuk hati ini.
"Percaya atau tidak, saya pernah bergelar penagih dadah, perokok dan kaki botol. Alhamdulillah, kesemua tabiat buruk ini berjaya ditinggalkan berkat keyakinan dan bantuan daripada Allah SWT. Malah al-Quran itu menjadi pelindung diri ketika berjalan atau bekerja dan ketenangan jiwa," katanya yang amat bersyukur kerana antara insan terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya.
Nasihat beliau kepada generasi muda sekarang yang bakal memerintah bumi ini, bahawa kehidupan di dunia itu tidak kekal, suatu hari nanti semua akan merasai maut. Oleh itu, tanpa ilmu kita akan sesat.
"Belajarlah ilmu al-Quran, anda pasti akan dapat sesuatu yang tidak pernah anda sangkakan. Ini pengalaman saya, pintu rezeki bertambah malah saya telah memenangi beberapa pertandingan tilawah al-Quran. Hakikatnya, dengan ilmu Quran sebagai panduan hidup, pasti akan berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah," katanya yang memeluk Islam pada 15 Jun 2004.
Inisiatif
Sementara itu, Joannes selepas memeluk agama Islam, terus belajar tajwid dan iqra' iaitu dua kali seminggu dengan Imam I di Universiti Putra Malaysia (UPM). Pembelajarannya tidak setakat itu, beliau juga mengambil inisiatif mengulangkaji selepas tamat kelas dan selepas solat.
"Alhamdulillah dalam tempoh tiga bulan, saya sudah menguasai surah-surah lazim dari surah ad-Dhuha ke surah an-Naas. Dari situlah saya boleh membaca al-Quran dengan baik. Kemudian, saya sambung hingga tamat iqra' enam. Kesemua ini lengkap dipelajari dalam tempoh enam bulan sebelum mendapat tunjuk ajar daripada Hj Ma'som. Memperoleh bimbingan daripada beliau secara tidak langsung menjadikan bacaan al-Quran saya bertambah berkualiti," jelasnya.
Menyentuh pembacaan al-Quran, Joannes berkata, beliau tidak pernah bosan kerana memang minat dan menganggap kitab suci itu sebagai teman hidup.
"Sebab itulah, apabila berjaya menguasainya, keseronokan yang dirasai tidak terhingga seolah-olah seperti mendapat ijazah pengajian Quran malah timbul satu azam untuk menghafal al-Quran dalam tempoh setahun," akui Joannes yang bercita-cita untuk memahami, menghayati, mempraktik dan menguasai ilmu perbandingan agama dengan baik. Harapannya lagi, ia secara langsung akan meningkatkan rasa cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya.
Berkongsi kesan ke atas beliau, jelas lulusan Ijazah Sarjana Muda kejuruteraan dari UPM ini, al-Quran banyak membentuk keperibadiannya. Malah perasaan panas baran, tidak tenang dan tertekan berjaya dikawal.
"Apabila kita membiasakan diri dengan menghafal ayat-ayat al-Quran. Ia menjadi penenang hati. Selain itu, rasa cinta kepada Allah semakin menebal dan mendalam.
"Oleh itu, kita kenalah banyak berdoa minta dipermudahkan dalam pemahaman ajaran Allah dan agar dilembutkan hati.
"Yang penting sekali, selepas membacanya, kita kena lihat tafsir atau terjemahan dan jika boleh hafal, itu adalah lebih baik. Kemudian, kita imbas kembali, adakah cara hidup kita ini mengikut al-Quran dan sunah atau tidak?," saran Joannes terhadap kepentingan setiap umat Islam tidak kira mualaf atau dilahirkan Muslim untuk menguasai al-Quran.
sumber :http://www.utusan.com.my
Label: bicara Islam
Rabu, 17 September 2008
Bila berkunjung "umah" zira, dapat le pulak buah tangan ni. Segan lak bila bertandang "umah" orang tak bawak ape2, tetiba orang bagi kita buah tangan! Terima kasih zira.
Embun lak menyepi kejap dari arena masak2 ni. Embun jalan2 ja "umah" kawan2, tengok apa dia org masak utk buka dan sahur, seronok embun nengok menu yang bermacam-macam. Takda benda yang best embun nak wat masak2, lagi2 itu jugak. Dah namanya orang bujang, dah kena angin malas nak masak. Tambahan duduk berdua ja dengan kazen, tu yang buat bertambah malas masak. Kalau makan pon, bukannya banyak, sket2 je. Daripada membazir, elok embun tak yah masak dulu. Masak yang simple2 ja. Sejak dua tiga hari ni lambaian kampung halaman kian mencengkam perasaan. Bila tidur pulak asyik termimpikan keluarga dan kawan2 di Sarawak. Menghitung hari ja embun ni nak balik kampung, barang2 nak bawa balik ada yang dah siap packing pon. Insyallah 24hb ni flight embun balik ke Sarawak.
Embun nak bagi award ni kat kawan2 sebagai tanda penghargaan dan untuk hiasan kat laman masing2.
senarai penerima award :-
1. ela - doha qatar
2. nur - johor bahru johor
3. along roz - miri sarawak
4. dayang - rawang selangor
5. kak dee - kuching sarawak
6. zira - kedah
7. bro rozzan - singapura
8. zanie - johor bahru johor
9. na - kemaman terengganu
10. ah - sarikei sarawak
Label: award, buah tangan
Isnin, 15 September 2008
Hari ni lak embun menerima kiriman kad raya daripada Nur
Terima kasih bebanyak Nur . . . tak cukup dengan kiriman kad raya, Nur bagi lagi present nih . . . terma kasih lagi Nur, embun pon nak ngucap "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI" untuk Nur suami isteri serta keluarga masing-masing. Maaf zahir batin.
Label: friendship quote, kad raya
Ahad, 14 September 2008
Syukur alhamdulilah, pas sahur hari ini dapat hadiah daripada kawan. Terima kasih zanie atas pemberian ini.
Label: kad ucapan
Sabtu, 13 September 2008
10 Cara Meraikan Ramadhan
Oleh MOHAMMAD ADIB MOHAMED SAAT
Allah berfirman: Wahai orang yang beriman, difardukan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas golongan sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa. (al-Baqarah; 183)
RAMADAN yang dikenali sebagai syahrul barakah atau bulan berkat mempunyai pelbagai kelebihan.
Muslim yang mukmin hendaklah mengambil peluang Ramadan kali ini bagi meningkatkan ketakwaan agar puasa kita mencapai tahap puasa khawasil khawas (orang khusus).
Berikut disenaraikan 10 cara untuk meraikan kedatangan Ramadan al-Mubarak.
1. Meninggalkan perkataan dusta dan perbuatan fasik. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan masih lagi berbohong, maka Allah sama sekali tidak berhajat kepada hasil puasanya, walaupun dia berlapar dan berdahaga. (riwayat Bukhari).
2. Menghidupkan malam dengan beribadat (qiamullail) . Sesungguhnya ibadah qiamullail adalah kegemaran Nabi Muhammad SAW dan para sahabat baginda. Kata Ummul Mukminin Saidatina Aishah r.a.: Janganlah kamu meninggalkan ibadah qiamullail kerana Rasulullah tidak pernah meninggalkannya. Apabila baginda sakit atau keletihan, baginda bersolat dalam keadaan duduk.
Rasulullah SAW juga bersabda: Sesiapa yang menghidupkan malam pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan kesedaran, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu. (riwayat Bukhari dan Muslim).
Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. mengerjakan solat malam sehingga sampai separuh malam. Kemudian beliau menggerakkan keluarganya supaya mendirikan solat dengan berkata: "Solat, solat" sambil membaca ayat 132 dari surah Taha yang bermaksud: Perintahkanlah keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki daripadamu, malah Kami yang memberikan rezeki kepadamu. Kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang yang bertakwa.
3. Bersedekah. Rasulullah SAW adalah seorang yang paling pemurah. Baginda akan menjadi lebih pemurah pada bulan Ramadan. Sabda Rasulullah: "Sebaik-baik sedekah ialah sedekah pada bulan Ramadan". (riwayat Tirmizi).
4. Menjamu makanan. Golongan salaf as-soleh amat prihatin dan gemar menjamu makanan kepada orang lain dan mendahulukannya daripada ibadat sunat yang lain. Kesan daripada jamuan makanan ini dapat menimbulkan kasih sayang dan persaudaraan.
Ia juga dapat memudahkan seseorang itu masuk ke syurga Allah SWT. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Wahai manusia, sebarkan salam, jamulah makanan, sambungkanlah silaturrahim, solatlah ketika orang lain sedang tidur, kamu akan memasuki syurga dengan selamat". (riwayat Ahmad dan Tirmizi).
Baginda bersabda lagi di dalam hadis yang lain: "Sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa, maka pahalanya sama seperti pahala orang yang yang berpuasa itu". (riwayat Ahmad)...( jomlah jamu orang berbuka posa lebih besar pahala dari jamu orang open house time raya nanti..sebab jamu orang berpuasa compared dgn jamu orang dah kenyang)
5. Banyak membaca al-Quran dan menangis ketika membacanya. Sebahagian besar para salaf as-soleh khatam al-Quran ketika mengerjakan qiamullail pada malam bulan Ramadan tiga hari sekali. Ada juga yang mengkhatamkannya seminggu sekali dan ada yang mengkhatamnya 10 hari sekali. Mereka juga sentiasa menangis ketika membaca al-Quran.
Diriwayatkan bahawa Saidina Umar al-Khattab r.a. membaca surah al-Mutaffifin. Apabila sampai kepada ayat ke-6 yang bermaksud: Hari ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam, beliau menangis sehingga rebah dan tidak berdaya meneruskan bacaan berikutnya.
6. Duduk di masjid sehingga terbit matahari. Diriwayatkan di dalam Sahih Muslim bahawa apabila Rasulullah selesai menunaikan solat subuh, baginda akan terus duduk di tempat solat baginda sehingga terbit matahari.
Menurut sebuah hadis lagi, baginda SAW bersabda: "Sesiapa yang mendirikan solat subuh secara berjemaah, kemudian duduk berzikir kepada Allah SWT sehingga terbit matahari, kemudian dia mendirikan solat dua rakaat, maka baginya pahala seperti pahala satu haji dan umrah yang sempurna, yang sempurna, yang sempurna". Kata Sheikh Nasiruddin al-Bani: Hadith ini sahih.
7. Iktikaf. Diriwayatkan di dalam Sahih Bukhari bahawa Nabi Muhammad beriktikaf selama 10 hari di dalam bulan Ramadan. Pada tahun baginda wafat, baginda beriktikaf selama 20 hari.
8. Mengerjakan umrah. Rasulullah SAW pernah bersabda: Pahala mengerjakan umrah di dalam bulan Ramadan menyamai pahala satu kali haji. (riwayat Bukhari dan Muslim).
9. Mencari-cari Lailatul Qadar. Rasulullah SAW akan mencari Lailatul Qadar pada bulan Ramadan dan menyuruh para sahabat mencari-cari malam tersebut. Baginda juga akan mengejutkan ahli keluarganya pada 10 malam terakhir Ramadan dengan harapan supaya dapat memperoleh Lailatul Qadar yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan.
Ubay bin Ka'ab berkata: Antara tanda dan alamat Lailatul Qadar sebagaimana yang telah diberitahu kepada kami oleh Rasulullah SAW iaitu matahari terbit pada pagi hari tersebut dalam keadaan redup. (riwayat Muslim).
10. Memperbanyakkan zikir, doa dan istighfar. Sesungguhnya siang dan malam pada bulan Ramadan adalah waktu yang sangat istimewa, maka rebutlah peluang tersebut dengan memperbanyakkan zikir dan doa, khususnya pada waktu-waktu yang mustajab berdoa.
Antaranya, waktu berbuka, sepertiga malam yang terakhir, waktu sahur dan hari Jumaat. Oleh yang demikian, para salaf as-soleh amat prihatin dalam memantapkan amalan mereka dengan memperbanyakkan berzikir, berdoa dan memohon keampunan daripada Allah yang Maha Esa.
ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
kiriman emel ida rahayu busran
Label: bicara emel, bicara Islam
Jumaat, 12 September 2008
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu...kepada-NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia...meminta belas-NYA
andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN
Label: bicara emel, bicara Islam
Khamis, 11 September 2008
Kekadang tensen gak bila kepala ni dah tak boleh nak fikirkan nak masak lagi untuk menu seterusnya. Masak benda yang sama kekadang membosankan juga bagi embun. Kalau masak yang sedap2 pon bukannya ada orang yang nak makan, sedangkan embun duduk berdua ja dengan kazen. Sekali sekala ja pergi umah kak mah bawakan hasil masakan dan makan bersama kat umah die. Makan kat luar tu pun, bukannya ada beza sangat dengan apa yang kite masak sendiri kat umah kecuali tempat yang ada menyediakan menu yang lain daripada apa yang biasa kite masak kat umah contohnya western food ke japanese food ke. Tapi embun ni tak gemar lak makan menu2 dua masakan tersebut selain harganya yang agak mahal. Embun paling suke masakan kite orang melayu, tak kisahlah masak yang macamana sekalipon. Bila dah takda idea nak masak apa, maka muncul lah resipi lauk pauk yang ada orang cakap tak pernah orang buat atau masak lagi cthnya lauk lada hijau goreng belacan yang pernah embun selitkan ke dalam myresipi.com lewat profile rahman bestari.
embun suka sangat halia ni hingga buat lauk yang menyelerakan tekak embun.
ni kurma yang kazen dapat sebagai buah tangan sempena bulan puasa dari bekas majikan.
sempat la pulak wat bingka labu ni (amik resipi ni dari mat gebu)
resipi bingka labu
Bahan-bahan
5 biji telur Gred A
200 ml air
300 ml pati santan
200 g tepung gandum
180 g gula halus
1/2 camca teh garam
1 camca teh esen vanilla
450 g labu manis, dikukus hingga lembut dan dilecek halus
Cara-cara
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas kecuali labu lecek.Kacau menggunakan
wisk hingga sebati dan gula hancur. Tapis adunan.
2. Masukkan labu manis yg telah dilecek halus tadi. Gaul hingga rata.
3. Tuang adunan tadi ke dalam loyang yg telah disapu mentega dan dialas dasarnya
dgn kertas. Sapu juga mentega pada permukaan kertas tadi.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 celsius selama 40 minit.
Biarkan sejuk sebelum dipotong.
* sedap sangat, makasih mat gebu coz sediakan resipi ni. kak mah siap amik dengan loyang sekali balik umah dia.
ni kari pekat udang, saja nak ubah selera pekatkan kari tu sampai kazen beri gelaran lumpur kari udang
menurut kak mah, kalau makan kari kena ada sambal belacan, so embun ubahsuai sikit sambalnya dengan taruk tomato -
dessert orang bujang, ringkas je - bubuh aiskrim dalam mangkuk dan taruk buah peach dalam tin, siap!
entah puasa keberapa embun cuba bakat lak buat harum manis ni. teringin nak merasa, jadi embun pergi kedai belikan acuan kuih lompang untuk buat apam ni. memang sedap pon, tapi bila dah sejuk mengeras pulak. tak tau lak embun dimana silapnya. mungkin embun tak bubuh susu kot, tapi dalam resipi tu takda laks sebut taruk susu! huhuhuhu ...
resipi harum manis
Bahan-bahannya :
300 gm gula melaka
350 ml air
3 biji telur
200 gm gula pasir
350 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
(3 bahan diatas diayak)
1/4 sudu teh garam
1 sudu maka esen vanilla
50 gm mentega, dicairkan
8-9 biji pisang raja dihiris bulat tipis
Cara-caranya
1. Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.
2. Pukul telur dan gula hingga naik.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan
kacau rata.
4. Kemudian masukkan esen vanilla dan mentega cair serta sirap gula melaka dan
kacau hingga sebati.
5. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega.
6. Tuangkan sedikit adunan ke dalam acuan, isikan separuh acuan sahaja lalu
letakkan hirisan pisang keatas adunan.
7. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20 minit. Sejukkan dahulu.
* embun gunakan acuan kuih lompang yang bersaiz besar.
Hari tu pergi pasar jumpa benda alah ni - pucuk sabung (kalau kat sarawak panggil nama ni). Embun mengidam sangat nak makan coz di sarawak memang selalu gak wat menu untuk ubah selera. biasanya kalau di sana emak rebuskan saja pucuk sabung ni. taruk ja, lada hijau atau merah, ikan bilis (kalau suka) atau udang kering atau udang salai atau ikan lumi salai atau nak lagi sodap, taruk terung dayak (terung emas) fuyoo, sodap ...
ni lak embun gelar raja segala sedap!
Label: dapur orang bujang
Rabu, 10 September 2008
KAD RAYA UNTUK SEMUA YANG SUDI DATANG BERTANDANG KE LAMAN EMBUN
4 ulasan Dicatat oleh Adi di 2:06 PGWalaupun raya masih jauh lagi, tapi embun nak pastikan semua kawan2 yang mengenali embun & pengunjung yang sudi datang bertandang ke laman embun yang tidak sepertinya ini, mendapat dan menerima kad raya ini untuk diabadikan di dalam laman masing2. Semoga persahabatan yang terjalin akan kekal hingga ke akhir hayat. Dengan kesempatan ini, sempena kehadiran Aidilfitri 1429H yang bakal menjelang nanti, embun mengucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
sumber kad : daripada http://www.enveluv.com
kad raya untuk :
1. kak dee - sarawak
2. bro rozzan - singapura
3. dayang@dianne warren - rawang, selangor
4. ct maryam - selangor (apa khabar agaknya ct maryam sekarang)
4. cik mat gebu - johor
5. kak may - sarawak
6. aina - terengganu
7. listiana lestari - indonesia
8. ela - doha, qatar
9. rezanie - johor
*( mereka yang tiada dalam senarai leh amik gak kad ni ek )
Label: kad raya
Ahad, 7 September 2008
Rasanya belum terlambat untuk embun mengucapkan selamat hari wanita untuk semua wanita di luar sana yang sudi mengunjung laman embun yang tidak sepertinya ini. Tidak semestinya hanya 25hb Ogos sahaja untuk kita mengucap salam untuk WANITA kita kerana tanpa mereka siapa lah kita pada hari ini. Daripada embun untuk semua, terimalah jambangan mawar putih daripada embun . . . dan forwardkan puisi indah sebagai wadah untuk mengingati diri kita betapa hidup ini perlu ada rasa insaf atas segala tindak tanduk kita selama ini sebagai seorang insan yang sudah pastinya memerlukan insan lain untuk kita terus meneroka kepelbagaian keindahan ciptaan Tuhan anugerahNya kepada hambaNya yang MENGETAHUI dan MELIHAT.
sebuah puisi untuk WANITA . . .
BUNGA
Aku mendapat bunga hari ini
meski hari ini bukan hari istimewa dan bukan hari ulangtahunku.
Semalam untuk pertama kalinya kami bertengkar
dan ia melontarkan kata-kata menyakitkan.
Aku tahu ia menyesali perbuatannya
karena hari ini ia mengirim aku bunga.
Aku mendapat bunga hari ini.
Ini bukan ulangtahun perkawinan kami atau hari istimewa kami.
Semalam ia menghempaskan aku ke dinding dan mulai mencekikku
Aku bangun dengan memar dan rasa sakit sekujur tubuhku.
Aku tahu ia menyesali perbuatannya
karena ia mengirim bunga padaku hari ini.
Aku mendapat bunga hari ini,
padahal hari ini bukanlah hari Ibu atau hari istimewa lain.
Semalam ia memukuli aku lagi, lebih keras dibanding waktu-waktu yang lalu.
Aku takut padanya tetapi aku takut meningggalkannya.
Aku tidak punya uang.
Lalu bagaimana aku bisa menghidupi anak-anakku?
Namun, aku tahu ia menyesali perbuatannya semalam,
karena hari ini ia kembali mengirimi aku bunga.
Ada bunga untukku hari ini.
Hari ini adalah hari istimewa : inilah hari pemakamanku.
Ia menganiayaku sampai mati tadi malam.
Kalau saja aku punya cukup keberanian dan kekuatan untuk meninggalkannya,
aku tidak akan mendapat bunga lagi hari ini.
PS :
Tolong di forward ke perempuan dibelahan dunia manapun.
Kadang wanita terlalu lemah dan menerima saja untuk disakiti.
STOP KEKERASAN PADA WANITA!!!
puisi daripada saudari Listiana Lestari dari Indonesia
Label: puisi
Jumaat, 5 September 2008
Salam Ramadhan, sebelum puasa lagi hari tu dah buat kek ni. Saja wat makan2 dan jamu kawan2. Terkezut jugak dia orang apabila dapat tahu kek ni langsung tak gunakan mentega sepertimana kek kukus sarawak yang lainnya. Walaupun ekonomi pada penggunaan bahan akan tetapi memakan masa juga untuk mengukusnya iaitu selama 3 jam! Sebelum itu, pernah juga buat kek ni dengan mengukus kurang daripada 3 jam, malangnya bahagian tengah kek ni tenggelam dan masih belum masak sepenuhnya. Tak serik juga, embun buat lagi sekali dan alhamdulilah hasilnya memuaskan hati dengan gebu dan naiknya yang begitu mengkagumkan embun walaupun mungkin tidak pada orang lain yang lebih pakar dalam pembuatan kek kukus ni. Sepatutnya embun gunakan loyang yang lebih besar iaitu bersaiz 9x9 tetapi tak beli lagi so gunakan loyang yang ada saja 8x8x5 ja.
ni pulak gambar bahagian kek yang sudah dipotong . . .
Resipi KEK EKONOMI
Bahan-bahannya :-
6 biji telur
1½ gelas minyak masak
3 gelas tepung gandum
2 gelas gula pasir
1 tin susu cair (Ideal Milk)
8 sudu makan milo
2 sudu teh Soda Bicarbonate
2 sudu teh Baking Powder
Cara Membuatnya :-
Pukul telur dengan gula sampai kembang. Masukkan tepung gandum, minyak masak, susu, milo, Soda Bicarbonate dan Baking Powder. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Kukus selama 3 jam.
sempat juga wat lagi kek gula hangus ni sebab sebelum ni pernah buat tapi tidak dibakar sebaliknya embun kukus ja dan perap pun tak lama - tak sampai 1 jam. sekarang ni buat dengan mengikut resipi yang dancara yang betul iaitu dibakar dan diperap selama 4 jam - resipi daripada kak dee & ambil dari my resipi.com, sedih dan hampa embun bila sarang tak menjadi dan bahagian tengah kek agak hangus (embun gunakan api atas dan bawah). tapi takpa, hangus sikit ja pada kulit dan tidak menjejaskan rasa kek yang tetap sedap dan manis.
tak puas hati dengan kek gula hangus yang dibakar ni, embun cuba balik buat yang kukus lagi pulak. Hasilnya . . .
ni bahagian kek gula hangus yang sudah siap dipotong.kek ni embun bakar gunakan api sederhana aja selama 1 jam dengan suhu 150 darjah celsius.
Resipi KEK GULA HANGUS
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 s/b mentega
Masakkan gula dgn api sederhana besar sampai hancur. Masukkan air panas. Tutupkan api, masukkan mentega... kacau sampai mentega cair... ketepikan.
4 biji telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tpg gandum
2 s/kecil soda bikarbonat
1 s/kecil esen vanila
Pukul telur sampai kembang dan pekat masukkan susu pekat - mixer hingga rata masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu tuangkan esen vanila last sekali masukkan gula hangus td perap adunan ini selama 3-4 jam bertutup. utk mendptkan sarang yg cantik.
nilah rupa kek gula hangus (yang dah siap dipotong) yang embun buat lagi sekali kerana tak puas hati dengan kek gula hangus yang embun bakar tuh . . . huhuhuhu
Kelapangan masa atau tidak, embun tetap memasak untuk mengisi perut! Inilah masa yang amat tidak digemari kebanyakkan orang sekarang ini yang lebih gemar membeli makanan segera atau paling tidak pun membeli yang sudah siap dimasak atau bungkus je. Namun begitu, bagi embun inilah masa yang amat bernilai untuk menguji kemahiran dan kreativiti memasak walaupun remeh dan nampak biasa sahaja masakan embun ni. Sebagai orang bujang embun amat berbangga dengan hasil kerja embun ni.
hari tu, ada seorang kawan ni yang balik bercuti beberapa hari ke sarawak, embun sempat memesan suruh belikan ikan terbuk masin. mengidam lak nak makan ikan terubuk masin ni. sampai ja ke tangan, terus gorengkan rangup. sedap sangat bila makan dengan nasi putih yang masih panas! sesaper yang kurang gemar rasa masin tu leh perahkan limau kasturi ke atasnya. tp rasanyer, ikan terubuk masin ni taklah masin sangat. cuci dahulu dan rendam pun boleh utk kurangkan rasa masinnya.
pau goreng ni dari resipi kak fida dari myresipi.com
Label: dapur orang bujang