Jumaat, 5 September 2008
Salam Ramadhan, sebelum puasa lagi hari tu dah buat kek ni. Saja wat makan2 dan jamu kawan2. Terkezut jugak dia orang apabila dapat tahu kek ni langsung tak gunakan mentega sepertimana kek kukus sarawak yang lainnya. Walaupun ekonomi pada penggunaan bahan akan tetapi memakan masa juga untuk mengukusnya iaitu selama 3 jam! Sebelum itu, pernah juga buat kek ni dengan mengukus kurang daripada 3 jam, malangnya bahagian tengah kek ni tenggelam dan masih belum masak sepenuhnya. Tak serik juga, embun buat lagi sekali dan alhamdulilah hasilnya memuaskan hati dengan gebu dan naiknya yang begitu mengkagumkan embun walaupun mungkin tidak pada orang lain yang lebih pakar dalam pembuatan kek kukus ni. Sepatutnya embun gunakan loyang yang lebih besar iaitu bersaiz 9x9 tetapi tak beli lagi so gunakan loyang yang ada saja 8x8x5 ja.
ni pulak gambar bahagian kek yang sudah dipotong . . .
Resipi KEK EKONOMI
Bahan-bahannya :-
6 biji telur
1½ gelas minyak masak
3 gelas tepung gandum
2 gelas gula pasir
1 tin susu cair (Ideal Milk)
8 sudu makan milo
2 sudu teh Soda Bicarbonate
2 sudu teh Baking Powder
Cara Membuatnya :-
Pukul telur dengan gula sampai kembang. Masukkan tepung gandum, minyak masak, susu, milo, Soda Bicarbonate dan Baking Powder. Gaulkan semua bahan sehingga sebati. Kukus selama 3 jam.
sempat juga wat lagi kek gula hangus ni sebab sebelum ni pernah buat tapi tidak dibakar sebaliknya embun kukus ja dan perap pun tak lama - tak sampai 1 jam. sekarang ni buat dengan mengikut resipi yang dancara yang betul iaitu dibakar dan diperap selama 4 jam - resipi daripada kak dee & ambil dari my resipi.com, sedih dan hampa embun bila sarang tak menjadi dan bahagian tengah kek agak hangus (embun gunakan api atas dan bawah). tapi takpa, hangus sikit ja pada kulit dan tidak menjejaskan rasa kek yang tetap sedap dan manis.
tak puas hati dengan kek gula hangus yang dibakar ni, embun cuba balik buat yang kukus lagi pulak. Hasilnya . . .
ni bahagian kek gula hangus yang sudah siap dipotong.kek ni embun bakar gunakan api sederhana aja selama 1 jam dengan suhu 150 darjah celsius.
Resipi KEK GULA HANGUS
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 s/b mentega
Masakkan gula dgn api sederhana besar sampai hancur. Masukkan air panas. Tutupkan api, masukkan mentega... kacau sampai mentega cair... ketepikan.
4 biji telor
1 cwn susu pekat
1 cwn tpg gandum
2 s/kecil soda bikarbonat
1 s/kecil esen vanila
Pukul telur sampai kembang dan pekat masukkan susu pekat - mixer hingga rata masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terlebih dahulu tuangkan esen vanila last sekali masukkan gula hangus td perap adunan ini selama 3-4 jam bertutup. utk mendptkan sarang yg cantik.
nilah rupa kek gula hangus (yang dah siap dipotong) yang embun buat lagi sekali kerana tak puas hati dengan kek gula hangus yang embun bakar tuh . . . huhuhuhu
Kelapangan masa atau tidak, embun tetap memasak untuk mengisi perut! Inilah masa yang amat tidak digemari kebanyakkan orang sekarang ini yang lebih gemar membeli makanan segera atau paling tidak pun membeli yang sudah siap dimasak atau bungkus je. Namun begitu, bagi embun inilah masa yang amat bernilai untuk menguji kemahiran dan kreativiti memasak walaupun remeh dan nampak biasa sahaja masakan embun ni. Sebagai orang bujang embun amat berbangga dengan hasil kerja embun ni.
hari tu, ada seorang kawan ni yang balik bercuti beberapa hari ke sarawak, embun sempat memesan suruh belikan ikan terbuk masin. mengidam lak nak makan ikan terubuk masin ni. sampai ja ke tangan, terus gorengkan rangup. sedap sangat bila makan dengan nasi putih yang masih panas! sesaper yang kurang gemar rasa masin tu leh perahkan limau kasturi ke atasnya. tp rasanyer, ikan terubuk masin ni taklah masin sangat. cuci dahulu dan rendam pun boleh utk kurangkan rasa masinnya.
pau goreng ni dari resipi kak fida dari myresipi.com
Label: dapur orang bujang
2 Comments:
-
- BR said...
Rabu, September 10, 2008 5:36:00 PGWah, macam2 embun masak yer! Dengar jugak ttg ikan terubuk masin tu. Byk tulangkan, camner eh makan? Saya phobia bab ikan terubuk ni. Yg fresh pun kalau mkn, isteri yg amikkan isinya setelah tulangnya dibuang, heheh...- Adi said...
Khamis, September 11, 2008 7:32:00 PGsalam bro, terima kasih bro krn sudi singgah ke laman embun yang tidak sepertinya ini. masak jer byk bro tp taklah lawa dan vogue. owh, pasal terubuk masin tu ek, ala, makan cam biasa ja bro dengan masa yg agak lama utk buang tulang2 halus tu. huhuhu. untungnya ada org yang buangkan tulang, alhamdulilah bro. biasanya semasa menyiang ikan tu, bahagian ekor ikan tu perlu ditarik dengan menyentap kuat. ini adalah untuk memudahkan kita membuang tulangnya ketika makan.