Autograf

Rabu, 29 Oktober 2008

Quote Dari Nur




Terima kasih bebanyak wat nur bg embun madah mutiara yang tidak ternilai maksud tersirat sebagai tanda persahabatan siber antara kita.

Jumaat, 24 Oktober 2008

BICARA EMEL

EFFECTS OF COLD WATER
Please be a true friend and send this article to all your friends you care about.

Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....
Artikel ini berguna untuk semua.

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita .

Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT..
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.....

PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa..

Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.

**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

Khamis, 23 Oktober 2008

Salam semua, baru-baru ni embun berkesempatan pergi jalan umah terbuka sedara mara dan kengkawan sekitar JB dan Melaka! Sambil jalan2 tu sempat gak amik gambar2 menarik.Banyak yang menarik perhatian sebenarnya termasuk juadah hidangan tuan punya rumah. Malangnya, leka bersembang banyak yang embun ketinggalan. Tambahan segan lak nak snap bila ramai tetamu yang turut sama berkunjung.

Percaya atau tidak terpulang pada pandangan dan tanggapan masing2. Gambar ni embun ambil ketika berkunjung raya ke rumah seorang saudara perempuan yang bersuamikan orang Johor. Pak mentua dia da simpan benda ni. Benda mistik gitu. Embun dah 39 tahun hidup di muka bumi ini dan inilah kali pertama embun melihat rupa bentuk sebiji batu seakan-akan guli yang didakwa tuan rumah sebagai Batu Geliga Ular. Apabila mendengar sendiri cerita tuan rumah ni, naik seram bulu roma embun. Menurut seorang pak cik yang turut sama dalam kunjungan itu (pak cik ni seorang paranormal), batu geliga ular tersebut kalau dipindah milik dengan wang tunai boleh mencapai harga sehingga RM10j! Namun apa yang pasti, embun melihat sendiri bagaimana (ujian menentukan samada batu tersebut asli atau tidak - dilakukan sendiri oleh pak cik paranormal tadi dengan merendamkan batu tersebut ke dalam segelas air putih.) dari dalam batu tersebut muncul sebiji anak mata seakan-akan anak mata manusia! Namun apabila dikeluarkan daripada gelas berisi air putih (air sejuk/kosong) anak mata tidak kelihatan lagi. Apapun embun tidaklah berasa taksub sangat dengan dakwaan tersebut cuma rasa terkedu dengan kekuasaan ALLAH yang maha besar. Embun cuma ingat akan pesanan seorang ustaz bahawa ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu itu kecuali dengan sebab2 yang DIA sahaja yang mengetahuinya.

Papantanda menunjukkan tempat makam dimana bersemadinya seorang sultan (sultan terakhir Melaka yang melarikan diri ke Kota Tinggi selepas Melaka ditawan oleh Portugis. (kalau tak silap embun)nanti embun refer balik cerita sejarah tu.
Berkesempatan lah pulak embun beraya ke rumah seorang kakak di Kota Tinggi, Johor. Lepas beraya tu sempat singgah di dua tempat yang dikenalpasti sebagai makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.

Ini gambar makam yang didakwa makam "Kucing Bertanduk", kucing kesayangan peliharaan Sultan Mahmud yang turut disemadikan di kawasan makam diraja.

Yang ini pula makam Laksamana Bentan yang dianggap menderhakai Sultan Mahmud kerana menuntut bela di atas kematian isterinya yang bernama Wan/Dang Anom dan ketidakadilan sultan (menurut cerita).Makam ini terletak di sebuah kampung di Kota Tinggi (embun tak ingat nama kamung tu)di pinggir Sungai Johor. Menurut cerita, makam ini tidak pernah rosak walaupun ditenggelami banjir besar!

Di bawah ni makam isteri Laksamana Bentan iaitu Wan@Dang Anom yang dipercayai dibelah perutnya sewaktu mengandung oleh Sultan Mahmud yang ingin memastikan samada betul atau tidak anak di dalam kadungan Wam@Dang Anom itu yang memakan seulas nangka raja.

Bersama ayah dan mak saudara sepupu embun sebelah emaknya yang tiba dari Sarawak untuk melancong, embun berkesempatan ke Melaka menunaikan jemputan rumah terbuka di rumah seorang saudara perempuan yang bersuamikan orang Melaka. Nama saudara kazen embun ni Dayang Norafizah Abang Johnny, seorang pengusaha kek lapis Sarawak yang sudah berkecimpung dalam perusahaan membuat kek lapis Sarawak di Melaka sejak 12 tahun lalu! Terkezut embun dengan "penemuan terbaru" embun ni. Kat umah die ni (kak dayang fizah) ada lima biji freezer pelbagai saiz untuk menyimpan kek lapis yang siap dibungkus untuk penghantaran kepada pelanggan sekitar Melaka dan sebuah premis menjual kek di daerah Batu Pahat, Johor. Malah menurut kak dayang fizah ni, 4 hari lalu sebelum kedatangan rombongan embun, die sempat menyiapkan tempahan 60 biji kek lapis Sarawak untuk hidangan rumah terbuka. Sayangnya embun tidak berkesempatan la pulak untuk amik gambar pelbagai jenis kek lapis yang dah siap packing tu. Maklumlah perginya cuma sehari, nak kejar masa pulak ronda2 sekitar bandar Melaka yang kaya dengan tinggalan sejarah awal kerajaan Melayu. Namun, embun sempat snap hidangan kek lapis yang sudah siap dipotong. Sume sedap2, terima kasih kak dayang.

Dari umah kak dayang fizah, kita orang pon menjamu mata ke bandar Melaka. Ini antara tempat2 yang sempat embun singgah. Pas tu lebih kurang jam 4 lebih petang itu juga, embun balik semula ke JB. Memang tak puas sungguh jalan2 dalam waktu yang singkat ni. Apapun, kalau ada rezeki dan kesempatan, embun pasti akan jengah lagi Bandaraya Bersejarah ini.

Istana Sultan Melayu Melaka

Makam Hang Tuah

Museum Of Enduring Beauty

Menara Taming Sari

Tibalah masa memasak untuk embun. Agak lama dapur tak berasap gara2 asyik menerima jemputan rumah terbuka. Tambahan ada mak ayah saudara dari Sarawak yang datang. Nak tunjuk sikit kebolehan memasak ngan dia orang. Huhuhu, mana tahu nanti leh wat promosi untuk mereka carikan embun . . . ehem . . . ehem. Adalah sekali dua ja embun masak kerana selebihnya mak usu embun yang masak sebab dia pon baru tiba gak dari Sarawak. Kalau embun berdua ja dengan kazen tu, memang embun ja yang sdiakan makanan.

Kacang panjang dengan telur puyuh

Kerabu kacang botor

Sambal kentang

Sambal kupang

Sambal terung bakar

Sotong Kicap

Sayur campur mak usu

Cicah cecalok dengan lada hiris

Ulam timun,kacang panjang dan tomato

Sabtu, 18 Oktober 2008

BICARA EMEL

Sekadar renungan bersama

RENUNGAN:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow...

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kanperubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


TETAPI...


KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAN UNTUK MATI'

Umpamanya:

1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/mesjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....

7) 3 jam baca suratkabar/majallah /internet ----- 2 jam majallah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .

Contohnya:

Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...

infiniti...

Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2.. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3.Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassallam.

p/s: Kalau rajin... hmmm. .kalu rajin la.. Tolong sebarkan kisah ini
kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal
yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Rabu, 15 Oktober 2008

Syukur alhamdulilah, hari ini masuk hari ke 15 raya, embun masih lg menerima kad raya dan duit raya!
Kad Raya dari Zanie (zanie bagi pilihan samada amik satu dari dua kad raya yg zanie sediakan), tapi embun amik dua2 sekali!




Duit raya ni pula embun dapat dari k.nor yang pemurah dan baik hati itu. Tak sangka lak embun, dah tua2 gini masih ada kawan yang bermurah hati bg duit raya kat embun.Banyak sangat k.nor bagi kat embun ni (rm500.00)!!! yahuuuuuuuuuuuu... tq very much k.nor ek, sayang k.nor












Embun lak nak panjangkan pemberian duit raya ni utk kawan2 semua, amiklah seberapa byk yg kawan2 nak. huhuhuhu ....

Rabu, 8 Oktober 2008

Assalamualaikum wbt, selamat bersua kembali untuk kawan-kawan yang embun rindui. Embun selamat sampai ke JB pada Isnin lepas (raya ke 6). Syukur alhamdulilah, pesawat airbus penerbangan Air Asia AK5755 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai tepat jam 0555 petang dari Sibu. Perasaan embun bercampur aduk ketika mula keluar dari rumah (Sarikei)jam 0730 pagi Isnin itu. Sedih ya, gembira pun ada. Sedih kerana terpaksa berpisah lagi dengan kedua orang tua tersayang serta ahli keluarga yang lain,sedih meninggalkan bilik,sedih meninggalkan kucing2,kawan2 serta kampung halaman tercinta. Apalagi tatkala emak menitiskan air mata apabila embun memeluknya. Embun cuba untuk tidak menangis, tetapi di dalam hati, ya ALLAH ... Dia saja yang tahu. Embun sedaya upaya untuk tidak memikirkan kesedihan yang merajai hati dengan memusatkan pemikiran pada "kunjungan" embun ke "rumah" kawan2 siber yang sudi singgah bertandang ke "rumah" embun ini.

"Rumah" embun ni dah seminggu kosong tidak berpenghuni. Kesian kawan2 embun yang datang bertandang. Sejak balik ke kampung hari tu, embun sengaja gunakan semua masa yang ada untuk bersama keluarga dan kawan2. Bila raya tiba, kesibukan memanjang dengan acara memasak dan beraya ke rumah kawan2 dan saudara mara serta jiran tetangga dan melayan tetamu yang datang beraya.

Ni embun nak datang beraya lak ke "umah" kawan2 siber embun dengan membawa sejambak
mawar merah sebagai buah tangan. Embun harap kawan2 yang berkunjung ke "umah" embun ni sudi membawanya balik sebagai kenang2an sempena "kunjungan" raya dari embun.

Dari kunjungan ke "umah" kawan2, sempat lagi amik kad raya yang tak sempat embun amik sebelum ni. Terimakasih dari embun untuk along, ela, dayang,pakcique dan kasih latifah.
kad raya dari along
kad raya dari ela
kad raya dari dayang

kad raya dari kasih latifah

kad raya dari pakcique
Seronok sungguh embun dapat kad raya walaupun lambat menerima / mengambil dari umah kawan2. Raya kan sebulan, masih terasa lagi bahang kemeriahannya. Embun balik ni pon masih lagi dalam mood raya. Malam sebelum balik hari tu sempat lagi beraya ke umah kawan2 kat sekitar kampung sampai jam 3 pagi!!! Nak tahu, ada sebuah umah kawan embun sampai 23 biji kek kat atas meja!!! Kalau orang Sarawak sendiri memang tak hairan pon dengan kewujudan kek yang begitu banyak terhidang di atas meja apabila syawal menjelang. Malah setakat ni kalau kat kampung embun pernah dalam sejarah sebuah rumah (milik seorang yang agak berpengaruh)menyajikan kek sebanyak 40 biji !!! Berbalik pada cerita kek kat umah kawan embun tu, tak sempat lak nak salin resipi tapi sempat rakam gambar guna hp. Insyallah kalau ada rezeki, embun akan usahakan untuk dapatkan resipi dari kawan embun itu. Sementara waktu, embun paparkan gambar2 kek yang sempat embun rakam masa tu.
KEK LAPIS TEMBIKAI CHEESE

KEK LAPIS SEVEN DELIGHTS

KEK LAPIS CHOCOLATE CHEESE

KEK LAPIS DATUK K

KEK LAPIS INDIA

KEK LAPIS ROSALINDA

KEK LAPIS PUA KUMBU

KEK LAPIS RAMPAI KENYALANG

KEK LAPIS SABOK SARAWAK (SAMPIN SARAWAK)

KEK LAPIS TERENDAK SARAWAK


Begitulah adanya paparan berkenaan sebahagian daripada 23 biji kek lapis yang sempat embun rakamkan ketika beraya di rumah seorang kawan di kampung. Kat umah embun, tak sempat nak rakam sebab adik dah siap hiris dan masukkan ke dalam bekas. Embun memang tak kuasa lagi nak buat kek setiap kali raya sejak adik ambil alih tugas tu lebih kurang 10 tahun lalu. Sebelum itu, memang tugasan embun setiap kali menjelang raya buat kek ni sejak umur embun 15 tahun lagi. (masa tu fofular dengan kek kukus yang plain ja). Bukan atas minat pada mulanya, tapi kena juga buat dengan membaca resipi sebab emak tak boleh membaca (buta huruf). Sejak itu bermulalah episod baru dalam diari hidup embun. Cuma sejak adik perempuan embun meningkat dewasa dan habis belajar, barulah embun "bersara" dari tugas tersebut. Huhuhuhu. Sekarang ni tugas embun tetap di dapur setiap kali menjelang raya menyediakan samada masakan kari, masak hitam, masak merah, rendang, kuah kacang (dgn hirisan daging)- untuk dimakan bersama ketupat pulut,lemang atau kelupis (ketupat pulut daun palas). Time ni seronok tengok emak duduk berehat mengarahkan itu ini sambil menganyam kelongsong ketupat lepas dan jering (jenis kelongsong ketupat pulut).

Insyallah di dalam entri2 yang mendatang embun cuba dapatkan pula gambar2 kelongsong ketupat lepas dan jering serta kelupis. Penat beraya kat kampung masih terasa lagi, jadi embun noktahkan dulu entri disini buat seketika. Insyallah sekiranya masih ada kelapangan dan minat, embun akan aktif semula meng update kan"umah" embun ni dengan entri2 yang boleh embun kongsikan bersama kawan2 semua. Sebelum itu, embun nak p beraya kat umah kawan2 ni. ASSALAMUALAIKUM!!!