Khamis, 23 Oktober 2008
Salam semua, baru-baru ni embun berkesempatan pergi jalan umah terbuka sedara mara dan kengkawan sekitar JB dan Melaka! Sambil jalan2 tu sempat gak amik gambar2 menarik.Banyak yang menarik perhatian sebenarnya termasuk juadah hidangan tuan punya rumah. Malangnya, leka bersembang banyak yang embun ketinggalan. Tambahan segan lak nak snap bila ramai tetamu yang turut sama berkunjung.
Percaya atau tidak terpulang pada pandangan dan tanggapan masing2. Gambar ni embun ambil ketika berkunjung raya ke rumah seorang saudara perempuan yang bersuamikan orang Johor. Pak mentua dia da simpan benda ni. Benda mistik gitu. Embun dah 39 tahun hidup di muka bumi ini dan inilah kali pertama embun melihat rupa bentuk sebiji batu seakan-akan guli yang didakwa tuan rumah sebagai Batu Geliga Ular. Apabila mendengar sendiri cerita tuan rumah ni, naik seram bulu roma embun. Menurut seorang pak cik yang turut sama dalam kunjungan itu (pak cik ni seorang paranormal), batu geliga ular tersebut kalau dipindah milik dengan wang tunai boleh mencapai harga sehingga RM10j! Namun apa yang pasti, embun melihat sendiri bagaimana (ujian menentukan samada batu tersebut asli atau tidak - dilakukan sendiri oleh pak cik paranormal tadi dengan merendamkan batu tersebut ke dalam segelas air putih.) dari dalam batu tersebut muncul sebiji anak mata seakan-akan anak mata manusia! Namun apabila dikeluarkan daripada gelas berisi air putih (air sejuk/kosong) anak mata tidak kelihatan lagi. Apapun embun tidaklah berasa taksub sangat dengan dakwaan tersebut cuma rasa terkedu dengan kekuasaan ALLAH yang maha besar. Embun cuma ingat akan pesanan seorang ustaz bahawa ALLAH tidak akan menjadikan sesuatu itu kecuali dengan sebab2 yang DIA sahaja yang mengetahuinya.
Papantanda menunjukkan tempat makam dimana bersemadinya seorang sultan (sultan terakhir Melaka yang melarikan diri ke Kota Tinggi selepas Melaka ditawan oleh Portugis. (kalau tak silap embun)nanti embun refer balik cerita sejarah tu.
Berkesempatan lah pulak embun beraya ke rumah seorang kakak di Kota Tinggi, Johor. Lepas beraya tu sempat singgah di dua tempat yang dikenalpasti sebagai makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.
Ini gambar makam yang didakwa makam "Kucing Bertanduk", kucing kesayangan peliharaan Sultan Mahmud yang turut disemadikan di kawasan makam diraja.
Yang ini pula makam Laksamana Bentan yang dianggap menderhakai Sultan Mahmud kerana menuntut bela di atas kematian isterinya yang bernama Wan/Dang Anom dan ketidakadilan sultan (menurut cerita).Makam ini terletak di sebuah kampung di Kota Tinggi (embun tak ingat nama kamung tu)di pinggir Sungai Johor. Menurut cerita, makam ini tidak pernah rosak walaupun ditenggelami banjir besar!
Di bawah ni makam isteri Laksamana Bentan iaitu Wan@Dang Anom yang dipercayai dibelah perutnya sewaktu mengandung oleh Sultan Mahmud yang ingin memastikan samada betul atau tidak anak di dalam kadungan Wam@Dang Anom itu yang memakan seulas nangka raja.
Bersama ayah dan mak saudara sepupu embun sebelah emaknya yang tiba dari Sarawak untuk melancong, embun berkesempatan ke Melaka menunaikan jemputan rumah terbuka di rumah seorang saudara perempuan yang bersuamikan orang Melaka. Nama saudara kazen embun ni Dayang Norafizah Abang Johnny, seorang pengusaha kek lapis Sarawak yang sudah berkecimpung dalam perusahaan membuat kek lapis Sarawak di Melaka sejak 12 tahun lalu! Terkezut embun dengan "penemuan terbaru" embun ni. Kat umah die ni (kak dayang fizah) ada lima biji freezer pelbagai saiz untuk menyimpan kek lapis yang siap dibungkus untuk penghantaran kepada pelanggan sekitar Melaka dan sebuah premis menjual kek di daerah Batu Pahat, Johor. Malah menurut kak dayang fizah ni, 4 hari lalu sebelum kedatangan rombongan embun, die sempat menyiapkan tempahan 60 biji kek lapis Sarawak untuk hidangan rumah terbuka. Sayangnya embun tidak berkesempatan la pulak untuk amik gambar pelbagai jenis kek lapis yang dah siap packing tu. Maklumlah perginya cuma sehari, nak kejar masa pulak ronda2 sekitar bandar Melaka yang kaya dengan tinggalan sejarah awal kerajaan Melayu. Namun, embun sempat snap hidangan kek lapis yang sudah siap dipotong. Sume sedap2, terima kasih kak dayang.
Dari umah kak dayang fizah, kita orang pon menjamu mata ke bandar Melaka. Ini antara tempat2 yang sempat embun singgah. Pas tu lebih kurang jam 4 lebih petang itu juga, embun balik semula ke JB. Memang tak puas sungguh jalan2 dalam waktu yang singkat ni. Apapun, kalau ada rezeki dan kesempatan, embun pasti akan jengah lagi Bandaraya Bersejarah ini.
Istana Sultan Melayu Melaka
Makam Hang Tuah
Museum Of Enduring Beauty
Menara Taming Sari
Tibalah masa memasak untuk embun. Agak lama dapur tak berasap gara2 asyik menerima jemputan rumah terbuka. Tambahan ada mak ayah saudara dari Sarawak yang datang. Nak tunjuk sikit kebolehan memasak ngan dia orang. Huhuhu, mana tahu nanti leh wat promosi untuk mereka carikan embun . . . ehem . . . ehem. Adalah sekali dua ja embun masak kerana selebihnya mak usu embun yang masak sebab dia pon baru tiba gak dari Sarawak. Kalau embun berdua ja dengan kazen tu, memang embun ja yang sdiakan makanan.
Kacang panjang dengan telur puyuh
Kerabu kacang botor
Sambal kentang
Sambal kupang
Sambal terung bakar
Sotong Kicap
Sayur campur mak usu
Cicah cecalok dengan lada hiris
Ulam timun,kacang panjang dan tomato
Label: dapur orang bujang, mistik